Hari perayaan sinonim dikaitkan dengan keluarga sebab masa nilah semua saudara-mara yang selalunya jarang berjumpa akan berkumpul bersama dan bertanya khabar. Kalau balik kampung, memang riuh habis!
Bercakap pasal keluarga, min nak kongsikan satu video yang tular di TikTok Indonesia. Video terbabit memaparkan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah keluarga besar yang terdiri daripada 256 orang. Mak oi!
Difahamkan, video terbabit telah dikongsikan oleh cucu lelaki keluarga terbabit menerusi TikTok. Menurutnya, datuk dan neneknya mempunyai seramai 12 orang dan seluruh ahli keluarganya dikatakan berjumlah lebih 200 orang.
Korang boleh tengok video kat bawah ni. Tengoklah beratur panjang betul nak beraya dengan datuk diorang.
@arimdion2 #anakcucubanyak #lebaran #silaturahmi insyaallah tahun depan bisa 99%hadir….amin
“Alhamdulillah. Lebaran tahun 2022 80% hadir,” katanya.
Jelas pemilik video lagi, sambutan hari raya yang diadakan itu bertempat di Tasikmalaya, Jawa Barat. Katanya lagi, datuknya sudah meninggal dunia dan lelaki tua yang berada dalam video terbabit merupakan abang kepada bapanya yang sudah berusia 100 tahun.
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih dua juta tontonan. Rata-rata pengguna media sosial ternyata kagum dengan bilangan ahli keluarga lelaki ini yang ramai.
“Kalau ada yang berkahwin, tak perlu jemput jiran tetangga pun dah ramai dah,” tulis warganet.
“Dah boleh buat satu kampung dah ni,” kata yang lain pula.
“Meriah raya tu memang meriah tapi macam manalah dia nak hafal semua 256 nama tu,” kata pengguna lain pula.
Sumber: TikTok @arimdion2
Baca: “Biasalah budak ada mood dia” – [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya