in

Baru 6 Jam Lahir, Bayi Perempuan Dicampak Ke Tebing Sebab Bapa Kecewa Nak Anak Lelaki!

Nak Anak Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang yang dah lama menantikan cahaya mata, nak sangat ada anak sampai terpaksa ambil anak angkat. Tapi lain pulak dengan seorang bapa ni, sebab nak sangat anak lelaki dia sanggup campak anak perempuan ke tebing hutan. Gilo!


Menurut Astro AWANI, kes yang berlaku di Wilayah Guangdong, China ini membawa kepada penangkapan si bapa yang tak berhati perut tersebut.

 

Baru lahir 6 jam tapi bapa dah buang ke tebing di hutan 

Entah penyakit apa yang merasuk si bapa, bayi perempuan yang baru 6 jam dilahirkan isteri telah dimasukkan ke dalam bag nilon sebelum dilempar ke dalam hutan, lapor media China.

Macam manapun, ajaibnya bayi ni, dia tidak mengalami kecederaan serius kerana  tersangkut di dahan pokok sebelum diselamatkan sekumpulan penyelamat lepas kehilangannya dilaporkan doktor di Pusat Kesihatan Magui. Allahuu kuatnya kuasa Tuhan! 

 

Harap dapat anak lelaki kerana sudah ada 2 anak perempuan 

Susulan daripada siasatan yang dilakukan, bapa kepada bayi itu yang bernama Li diberkas dan dia mendedahkan lokasi bayi tersebut dibuang.

Dia mengaku telah memasukkan anaknya ke dalam bekas plastik dan mencampakkan bungkus tersebut ke kawasan pedalaman sebab berharap mendapat anak lelaki.

Li juga memberitahu yang dia kecewa kerana anak keempatnya merupakan anak perempuan sebab dia sudah ada 2 anak perempuan dan baru seorang anak lelaki. Aduh macam ni pun ada ke? Pun begitu, masalah kewangan juga jadi punca Li membenci anak perempuannya tu.

 

Pasukan penyelamat dengar suara bayi menangis, turun tebing curam demi selamatkan bayi

Rakaman video footage kejadian berkenaan juga tersebar di media sosial menunjukkan kegigihan pasukan penyelamat dalam membawa bayi tersebut keluar dari tebing yang curam tu.

Sebaik saja turun ke tebing tersebut, pasukan penyelamat terdengar bunyi bayi menangis dan menjumpainya lebih kurang 30 meter dari tebing tempat dia dicampak. Apabila bayi tersebut dibawa naik ke atas, doktor dan jururawat membuat pemeriksaan rapi dan mujurlah bayi tu baik-baik saja.

Buat masa ini, bayi bertuah itu berada di bawah jagaan ibunya dan si bapa pulak ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Kesiannya… kecil-kecil dah kena campak dan dibenci bapa. Semoga membesar menjadi anak yang baik ye. 

Baca: “Maaf saya terpaksa buang dia” – Ibu Tinggalkan Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.