in

Baru 19 Tahun, Haqiem Rusli Berjaya Beli Mitsubishi Lancer Secara Tunai!

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Baru 19 Tahun, Haqiem Rusli Berjaya Beli Mitsubishi Lancer Secara Tunai!
Loading
/

Setiap individu semestinya mempunyai impian untuk memiliki sesuatu dan akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya. Begitu juga bagi penyanyi muda, Haqiem Rusli yang baru-baru ini berjaya menggapai impiannya selepas lebih satu tahun bergelar penyanyi.


Menurut Gempak, Haqiem Rusli telah berjaya merealisasikan hajatnya untuk memiliki sebuah kereta sedan pertama yang diidamkan, Mitsubishi Lancer. Wow!

Sumber: Instagram

Kegembiraan itu telah dikongsi Haqiem bersama pengikutnya di media sosial dengan memuat naik beberapa gambar keretanya itu. Memang cantik beb!

Lebih mendapat perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan yang baru berusia 19 tahun sudah berjaya memiliki kereta mewah sebegitu yang dibelinya secara tunai.

Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.

Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer.”

Haqiem 2
sumber: twitter
Haqiem 3
sumber: twitter

Netizen rata-rata memuji remaja itu yang pandai mengatur kewangannya apatah lagi Haqiem kini sedang merancang untuk memulakan francais bisnes burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger. 

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli akui gemar menabung demi masa depannya.

Saya memang seorang yang suka menabung dan merancang untuk membuka francais bisnes burger pada tahun depan.

Haqiem 1
sumber: instagram

Malah, menurutnya, melihat ramai artis popular yang gagal merancang kewangan dengan baik membuatkannya lebih berhati-hati dan menjadikannya sebagai teladan.

Saya melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.”

Baguslah jika dia pandai ambil pengajaran daripada nasib artis-artis lain…

Menurut Haqiem, dia merancang untuk membuka cawangan pertama francais burger tersebut di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. 

Wah bagusnya, muda-muda dah pandai menabung dan fikir masa depan. Memang cantik kereta Haqiem! 

Baca: Nak Beli Nombor Plat Kereta Baru, Komen ‘Win’ Netizen Ini Buat Aliff Syukri Istighfar

Alif Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.