Seorang gadis cilik yang berumur 12 tahun, Alyssa Dezek telah berjaya menempatkan diri dalam senarai Youtuber Malaysia dengan jumlah pengikut terbanyak sebaris dengan syarikat produksi gergasi seperti Les’ Copaque Production, Monsta dan Astro Gempak.
Berdasarkan rekod Noxinfluencer, Alyysa Dezek kini di tangga kesembilan dengan 2.53 juta pengikut, mengalahkan Syahmi Sazli dan Dr Zakir Naik.
Menurut laporan Berita Harian, beliau telah berlajar bermain ukulele secara sendiri dengan hanya berpandukan kepada video di Youtube seawal usia empat tahun, sebelum beliau menyertai kelas muzik. Malah terang ibunya, Alyssa kini mahir bermain gitar dan biola juga.
Semuanya bermula apabila ibunya memuat baik video Alyssa menyanyi lagu Kun Anta sambil bermain ukulele, sehingga mendapat perhatian penyanyi asal lagu itu iaitu Humood Alkhudher.
Malah, Alyssa juga mendapat perhatian daripada peminat Indonesia selepas beliau menyanyikan lagu Merindukanmu nyanyian Dash Uciha yang tular di negara seberang itu.
Selepas dikenali ramai, Alyssa kini menerima tawaran berlakon seperti Kasut Bola Pink, Anak Anak Ibu, Jangan Sembelih Merah dan banyak lagi.
Siapa cakap dengan sosial media tak boleh buat duit?
Kredit: Berita Harian