in

Wanita Dakwa Tidak Terima Bekalan Air Sejak 6 Bulan, Syahmi Sazli & Isteri Tampil Beri Bantuan

Ft Masalah Air Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Syahmi Sazli dan isteri, Anissa Faizul baru-baru ini menjadi bualan hangat gara-gara menegur kerajaan Kelantan kerana masalah air yang melanda negeri tersebut walaupun telah memerintah untuk tempoh yang lama.

Baru-baru ini, pasangan tersebut menerima pujian setelah membantu seorang wanita, Nor Idayu Supian untuk menerima semula bekalan air di rumahnya yang terletak di Banggol Stol, Pasir Mas, Kelantan.


Menurut Malay Mail, Idayu telah memuat naik keluhan di group penduduk Pasir Mas bahawa dia dan keluarganya tidak mendapat bekalan air sejak enam bulan lalu walaupun telah membuat aduan kepada jabatan yang sepatutnya. 

Screenshot 2023 08 09 153354 Horz

Tambah Idayu yang menjual makanan ‘bakar’ dari rumah mendakwa dia terpaksa membeli air dan bekas untuk menadah air untuk kegunaan harian keluarga dan perniagaannya.

Hantaran wanita berkenaan kemudian mendapat perhatian isteri Syahmi Sazli, Anissa yang bersimpati dengan keadaan wanita tersebut dan telah mengeluarkan kenyataan tentang kerajaan tempatan yang mengatakan mereka gagal untuk menyediakan bekalan air walaupun telah memerintah negeri tersebut selama 30 tahun.

Pun begitu, kenyataan Annisa tersebut telah menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati kepada mereka berdua sehinggakan ada yang mengugut untuk memboikot perniagaan suami (Syahmi) dan dirinya.

“Saya sedih kerana orang ramai salah faham”

Tambah wanita berkenaan, kenyataan Annisa tersebut telah disalaherti oleh orang ramai dan mereka tidak memahami perkara yang berlaku dan tanpa selidik mengubah naratif cerita tersebut kepada isu politik.

Menurut Idayu, dia dan suami tinggal bersama tiga orang anak mereka di Banggol Stol, salah sebuah perkampungan di Pasir Mas, bandar kedua terbesar di Kelantan. Tambahnya, orang ramai di kawasan perumahan tersebut mendakwa mereka mempunyai bekalan air, tetapi hakikatnya mereka menggunakan air perigi sedangkan dia hanya menggunakan air paip.

@noridayu_supian #CapCut credit to @syahmisazlinew @anissafaizul_ ♬ suara asli – DRF411

Idayu sangat bersyukur kerana Syahmi dan Anissa sudi tampil untuk berkongsi dan mengetengahkan masalah yang dihadapi olehnya dan tanpa dijangka, perkongsian tersebut tular dan mendapat perhatian exco Kelantan, Datuk Mohd Nassurudin yang tampil untuk memeriksa masalah yang dihadapi.

Tambahnya, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menghantar lori tangki untuk memenuhkan tangki rumahnya selain turut menukar paip di rumah tersebut supaya aliran air tersebut kembali normal.

Selain itu, Syahmi dan Anissa juga telah membantu keluarga berkenaan untuk memasang sebuah penapis air yang menurut Idayu sekiranya tanpa penapis berkenaan, air yang diterimanya agak keruh.

Baca : Syahmi Sazli & Isteri Reda Jika Diboikot Netizen Selepas Bersuara Tentang Masalah Air Kelantan

Syahmi Sazli Redha Jika Diboikot Netizen Kelantan

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.