in

“Bapak tak guna!” – Anak Umur Setahun Mati Kena Campak Dengan Bapa Dari Tingkat 6 Sebab…

Mati Kena Campak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun maut selepas dicampak oleh bapa kandungnya melalui tingkap rumah di tingkat enam, lapor SCMP. Difahamkan, lelaki itu tak dapat kawal kemarahan lalu bertindak sedemikian selepas bergaduh dengan ibunya (nenek kanak-kanak itu).


Kejadian malang tersebut berlaku pada Jumaat (14 Jun) dan lelaki bernama Zhang berusia 29 tahun tu telah pun ditahan di daerah Dazhou, sebuah bandar dekat wilayah Sichuan, China.

Bayi
sumber: scmp

Difahamkan, ibu Zhang, Qin berkata anaknya merupakan seorang pemandu servis e-hailing dan pada hari kejadian dia pulang ke rumah agak lewat. Waktu anak dia sampai di rumah, Qin sedang bermain dengan kanak-kanak itu di ruang tamu dan terus minta Zhang duit belanja.

Qin dan suaminya menjaga cucu mereka ketika Zhang serta isterinya bekerja di siang hari. Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tidak pernah memberi wang untuk membeli barang keperluan anak mereka.

Kerana serabut dengan masalah kewangan dan rumah tangga, Zhang hilang pertimbangan dan bergaduh dengan ibunya. Menurut Daily Mail, Zhang kemudian ambil anaknya dari dukungan ibu namun tanpa disangka dia terus campak kanak-kanak tersebut dari tingkap. Qin berkata,

Bayi itu sedang menangis di dukungan saya dan Zhang berkata dia akan tenangkan anaknya. Saya sangka dia nak tidurkan anaknya. Tapi dia ambil dan campak anaknya keluar dari tingkap. Saya tak sempat nak bertindak dan terus menangis.”

Rumah1
sumber: scmp

Qin yang terkejut dengan tindakan anaknya terus keluar rumah dan berlari turun tangga dan mendapati anak kecil itu telah meninggal dunia. Lebih menyedihkan, datuk kanak-kanak itu berkata hari tersebut merupakan hari lahir cucunya itu.

Satu video tular di media sosial China, menunjukkan Qin dan suami terduduk di atas lantai sambil meriba mayat cucunya dan menangis. Suaminya kemudian terpaksa mengangkat mayat cucunya itu.

Budak Mati
sumber: daily mail

Siasatan kini sedang dijalankan dan Zhang berada di bawah tahanan polis sehingga kes selesai.

Baca: “Campak, campak!” – Protestor Sorak Bila Bapa Ini Nak Campak Anak Umur Setahun Dari Atas Bumbung

Anakkenacampak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.