in

Bapa Tinggal Nota, Suruh Anak Kutip Mayat Lepas Bunuh Diri di Publika

Fisuicide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan ambil ringan masalah depresi!

Masalah kemurungan atau depresi ni boleh terjadi kat sesiapa saja tanpa kita sedar. Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki berusia 50 tahun dikatakan mengalami depresi yang teruk hingga menyebabkan dia bertindak untuk membunuh diri.


 

Tak tahan tekanan, terjun Tingkat 9

Lelaki tersebut khabarnya membunuh diri dengan terjun dari Tingkat 9 pangsapuri yang terletak di Publika. Punca lelaki berkenaan membunuh diri dipercayai kerana tak tahan dengan tekanan hidup yang dialami.

A 50 Year Old Man Committed Suicide In Publika World Of Buzz 2
sumber: wob

 

Ada nota dalam genggaman

Ketika pihak polis sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut dijumpai dalam keadaan tangannya menggenggam sesuatu. Tengok-tengok pakcik tu sedang genggam sekeping nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dia tulis apa?

Tulisan pada nota tersebut adalah satu pesanan supaya anak lelakinya datang mengambil mayatnya setelah dia meninggal dunia. Insiden malang ini berlaku pagi semalam dan mayat lelaki berkenaan telah pun dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

A 50 Year Old Man Committed Suicide In Publika World Of Buzz 3
sumber: wob

Bila dengar pasal berita ni, ramai orang datang berkumpul kat kawasan tu. Jadi pihak polis terpaksa menyekat laluan ke kawasan terbabit bagi memastikan siasatan awal dapat dijalankan dengan lancar.

Depresi ni bukan masalah main-main tau. Kalau nampak something yang tak kena dengan ahli keluarga dan kenalan rapat, cepat-cepat dapatkan bantuan tau!

Baca: Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

Czcasf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.