in

“Bapa saya dah tenggelam” – [VIDEO] Nelayan Jumpa Lelaki Di Tengah Laut, Berpaut Pada Pelampung Lebih 6 Jam

Bb 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup sebagai seorang nelayan semestinya bukan kerja yang mudah. Apatah lagi setiap hari perlu turun ke laut untuk mencari rezeki dan berdepan dengan pelbagai risiko.


Semalam tular di media sosial satu video yang merakamkan kejadian seorang lelaki di tengah laut sedang berpaut pada pelampung.

Video yang dikongsikan di Facebook Mohd Sofi itu dilihat sekumpulan nelayan menjumpai seorang lelaki yang terkapai-kapai meminta bantuan.

ALHAMDULILLAH Syukur terhadap Illahi, hari ini saya bersama rakan2 telah menjumpai nelayan yang hanyut bot karam di…

Posted by Mohd Sufi on Khamis, 8 Oktober 2020

 

Terapung lebih 6 jam, bapa lemas dan tenggelam

Kejadian yang berlaku di kawasan perairan Batu Laut, Banting itu dikatakan mangsa bersama bapanya telah hanyut dibawa ombak apabila bot milik mereka karam.

Mangsa dipercayai telah berpaut pada pelampung selama lebih 6 jam sejak botnya karam pada jam 10 pagi dan kemudiannya ditemui oleh nelayan lain pada jam 4.50 petang.

B1 5B 2 5

Ketika proses menyelamatkan mangsa, suasana cemas terus bertukar sedih apabila mangsa memberitahu bapanya telah lemas dan tenggelam dibawa arus.

“Bapa saya dah tenggelam encik”

Setibanya di jeti Batu Laut, mangsa telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

B3 4

 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga diberi kesihatan, tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan.

Baca: Bapa Berkeras Nak Redah Banjir Guna Kereta Sebelum Anak-anak & Isteri Lemas ‘Ditelan’ Arus Deras

B4 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.