in

Bapa Nazak Sempat Saksi Pernikahan Anak Sebelum Meninggal Dunia Beberapa Minit Kemudian

Pengantin Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis perkahwinan sudah semestinya adalah tarikh bersejarah dan hari paling bahagia untuk setiap pengantin serta ahli keluarga mereka.


Namun, bagi pasangan mempelai ini, suasana bahagia tatkala disahkan menjadi suami isteri bertukar menjadi sayu apabila bapa pengantin lelaki menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pengantin 4
sumber: facebook
Pengantin 7
sumber: malaysian digest

Menurut Malaysian Digest, pasangan itu membuat keputusan untuk mempercepatkan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada hujung tahun depan berikutan keadaan kesihatan bapa pengantin lelaki yang semakin tenat.

Perkongsian dari jurugambar, Ayul Rahman di Facebook tentang pasangan itu yang melangsungkan majlis akad nikah di Hospital Selayang mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen.

Pengantin 6
sumber: facebook
Pengantin 5
sumber: facebook

Menurut Ayul, pengalamannya kali ini amat berbeza dengan sebelum ini di mana ianya sangat menyedihkan kerana bapa pengantin lelaki disahkan meninggal dunia sebaik sahaja pasangan itu sah diijab kabul kira-kira jam 4.45 petang.

“Harini merupakan sejarah bagi aku selama 7 tahun dalam industri photography.

Last minute dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.”

Pengantin 2
sumber: facebook
Pengantin 3
sumber: facebook

Ayul turut akui berasa sebak sepanjang majlis itu berlangsung dan sempat berkongsi beberapa gambar yang turut membuatkan ramai netizen sebak.

Right after majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak. Beberapa minit selepas itu, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.”

Pengantin 1
sumber: facebook

Netizen yang membaca entri itu tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan takziah serta mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin itu.

Ucap 1

Ucap 2

Ucap 3

Ucap 4
sumber: facebook

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang lebih kurang sama, kehilangan orang tersayang di hari bahagia.

Kongsi 1

Kongsi 2
sumber: facebook

Semoga pasangan pengantin serta keluarga tabah menghadapi ketentuan Allah ini. Al Fatihah.

Baca: “Pemergiannya amat kami rasai…” – Guru Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Kenduri Kahwin

Slide1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.