in

Bapa Menangis Selepas Anak-anak Beri Kejutan Hadiah Kereta Idamannya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Bapa Menangis Selepas Anak-anak Beri Kejutan Hadiah Kereta Idamannya
/

Apa lah tugas anak kalau bukan membalas jasa, kasih sayang serta pengorbanan ibu bapa? Melihat mereka bahagia pasti memberi satu nikmat dan kebahagian untuk diri kita juga bukan? 🙂


Seperti apa yang dilakukan oleh adik beradik dari Filipina ini demi membalas jasa dan membahagiakan bapa mereka. Baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan seorang ayah menerima kejutan hadiah Krismas dari anak-anaknya menjadi viral dan mendapat lebih 3.8juta tontonan.

Apa yang membuatkan kisah ini lebih menarik adalah, lelaki itu dihadiahkan kereta yang diidam-idamkan selama ini! Bukan second hand, baru okayyy…

Sumber: Nilo dela Cruz

Nilo dela Cruz, 61 tahun dikejutkan dengan sebuah kereta Chevrolet Trailbrazer berwarna putih daripada 8 orang anaknya sebagai hadiah Krismas tahun ini.

Nak tahu bagaimana cara mereka membuat kejutan kepada Nilo?

Mereka membuat satu ‘prank’ kepada si ayah dengan menghubunginya dan memberitahu bahawa mereka terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat membeli belah.

Eh, ayah mana tak risau kan… Usai mendapat panggilan daripada anaknya, Nilo dengan segera ke pusat membeli belah tersebut. Walhal ia adalah satu muslihat mereka untuk memberi kejutan kepada Nilo di parkir lot.

Menurut Brad, anak lelaki kelima Nilo memberitahu bahawa ayahnya itu sering memberitahu anak-anak tentang kereta idamannya.

“Dia sangat sukakan kereta dan tahu banyak tentang kereta tetapi tidak mampu untuk membelinya. Ayah sering berkata bahawa Chevrolet Trailblazer adalah kereta idamannya selama ini,” kata Brad

Demi membesarkan dan menghantar kesemua anaknya ke sekolah, Nilo melupakan hasrat untuk membeli kereta idamannya. Meskipun mendapat biasiswa, Nilo tetap berusaha memberi elaun bulanan serta perbelanjaan harian demi memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

[sociallocker id=1666]

Menurut ABS-CBN, beberapa anak Nilo kini sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing manakala tiga lagi anaknya masih belajar di dalam bidang yang diambil.

Enam anak lelaki serta dua anak perempuan Nilo mengambil masa satu tahun untuk mengumpul wang demi membelikannya kereta tersebut.

Di dalam video itu, dapat dilihat Nilo tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu terkejut dan terharu dengan hadiah yang diberikan oleh anak-anak kesayangan itu. Nilo juga tidak dapat menahan kesedihan sehingga menitiskan air mata.

“Ayah, ayah okay ke? Kami sudah bayar kereta ini! Kami harap ayah tidak keberatan, ini sahaja yang kami mampu,” kata salah seorang anak lelakinya.

Melalui post Facebook, salah seorang anak Nilo menyatakan kegembiraan mereka kerana Nilo tidak lagi perlu menaiki jip atau menunggang motor roda tiga.

“Hadiah ini tidak memadai langsung jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan serta kasih sayang ayah kepada kami,” kata anak-anak Nilo kepadanya.

Nilo bersama kereta yang dihadiahkan kepadanya.

Rata-rata netizen yang menonton video menyentuh hati dan perasaan itu turut terharu dengan sikap mereka.

[/sociallocker]

“Pengorbanan ibu bapa terlalu banyak kepada kita tetapi mereka tidak pernah mengungkit. Seronok sangat melihat anak-anak menghargai jasa mereka dan tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu bapa. Saya akan lakukan perkara yang sama kepada kedua ibu bapa saya. Terima kasih kerana telah memberikan saya inspirasi.” komen seorang netizen.

“Bukan hadiah itu yang paling menyentuh perasaan si bapa, tetapi bagaimana mereka berusaha untuk membalas jasa serta membahagiakannya! Inillah sambutan Krismas bersama keluarga yang sebenar!” komen seorang lagi.

Keluarga Nilo

Tonton video yang menyentuh perasaan itu di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.