in

Bapa Ikat Anak Pada Kayu & Lumur Madu Sebelum Tinggalkan Atas Bumbung Lepas Dituduh Mencuri

Bapa Ikat Anak Pada Kayu Lumur Madu Sebelum Tinggalkan Atas Bumbung Lepas Dituduh Mencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dituduh mencuri oleh jiran tetangga, seorang bapa mengambil langkah drastik dengan mengikat anak lelakinya yang berusia 7 tahun pada sebatang kayu sebelum melumurkan badan kanak-kanak itu dengan madu untuk menarik perhatian lebah dan serangga lain.


Lebih parah, kanak-kanak malang itu ditinggalkan dalam keadaan begitu di atas bumbung rumah sebelum akhirnya dibawa lari oleh ibunya.

1 Pay Newsflash Beepunishment 01 E1622859385717

Memetik laporan The Sun, insiden itu difahamkan berlaku di Qalyubia, Mesir pada 25 Mei lalu. Si bapa yang berusia 34 tahun dikatakan melakukan perkara itu sebagai hukuman untuk anaknya yang dituduh mencuri.

Bees E1622859519485
Gambar hiasan

Kanak-kanak itu kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terikat dan dilumur madu di atas bumbung kediaman mereka yang terletak di Shebin Al-Qanater Center. Menurut sumber, tidak dapat dipastikan berapa lama dia ditinggalkan di situ tetapi sekumpulan lebah dan serangga lain sudah menghurungnya.

Lapor media tempatan, ibu kepada kanak-kanak itu terkejut besar sebaik mengetahui berita terbabit dan segera meminta pertolongan daripada badan kebajikan kanak-kanak. Wanita itu membawa lari anaknya ke kampung lain selepas itu.

Satu kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat kes terbabit. Difahamkan, ketika ditemui pihak berkuasa, kanak-kanak itu berada dalam keadaan menyedihkan.

Meskipun bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk telah ditahan polis, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu sudah didakwa atau tidak.

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 29 tahun juga mendakwa suaminya sering menderanya dan anak mereka secara fizikal.

0 Pay Newsflash Beepunishment 02 E1622859431812

Wanita itu juga mengatakan suaminya mempunyai pelbagai cara untuk mendera anak lelaki mereka termasuklah tidak memberikannya makan dan minum buat satu tempoh yang lama.

Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: The Sun

Baca: “Maki, pukul, baling buku dkt kepala” – Ibu Dera Anak Umur 12 Tahun Sebab ‘Tak Cukup Pandai’

Ft Deraanak E1619234560228

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.