Ibu bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Zulkarnain Idros dan Hawa Osman dalam temu bual bersama Era FM pagi ini kongsikan bahawa tiada pesalah yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.
Bagaimanapun, si bapa menjelaskan Orang Kena Tuduh (OKT) yang dikenakan hukuman di bawah Akta 330 yang dibebaskan tanpa perlu bela diri itu sahaja tampil minta maaf.
Artikel berkaitan : “Sebak melihatnya” – [VIDEO] Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud Syukur Lepas Keluar Mahkamah
Artikel berkaitan : Wajah Dikatakan Seiras Zulfarhan, Zubir Khan Niat Mahu Jumpa Keluarga Arwah
Bukan itu sahaja, ibu bapa pesalah juga tidak ada tampil datang memohon maaf langsung kepada mereka, walaupun dia juga selalu sahaja bertembung dengan ibu bapa pesalah.
“Sepanjang 7 tahun naik turun mahkamah ni, bertembung, kadang-kadang sampai berlaga bahu, tiada.”
Ayah Allahyarham Zulfarhan berkongsi, tiada seorang pun pesalah yang datang untuk meminta maaf kepada mereka sekeluarga. Walaupun jumpa di Mahkamah, tetapi tiada yang minta maaf. pic.twitter.com/VVb1owIa9r
— ?? (@localrkyt) July 26, 2024
Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengucapkan terima kasih kepada pengirim surat yang membuat laporan terhadap insiden yang menimpa kepada arwah anaknya itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang menghantar surat layang, beliau ni seboleh-boleh nak menyelamatkan anak saya, keduanya kalau beliau ada kesempatan, bolehlah beliau hubungi saya, saya lebih suka bersemuka, ataupun boleh jumpa di mana-mana kalau ada kesenangan, lapang masa.”
Heran jugak macam mana warden boleh fikir untuk war2 kan tapi sbnarnye surat tu adalah personal. pic.twitter.com/YAONmGPeyq
— ?? (@localrkyt) July 26, 2024
Pun begitu, ada satu pendedahan yang dibuat oleh Zulkarnain bahawa sebenarnya ada 2 surat layang tersebut.
“Yang kali kedua tu, dia selit bawah pintu Kapten Azmi tapi dapat dipintas oleh sahabat-sahabat tertuduh.”
Dalam menzahirkan rasa syukur, Zulkarnain juga meluahkan tersemat rasa kesal terhadap tindakan Kapten Haryani yang menularkan memo surat layang itu menerusi WhatApp Group.
Menurutnya, jika Kapten Haryani tidak bertindak di luar dugaan, mungkin arwah anaknya dapat diselamatkan.
Sumber : X