Hujung minggu lalu, seorang pemilik butik di Kelantan didenda oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) kerana memakai seluar pendek. Kes itu tular kerana mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Ini kerana, wanita itu dilaporkan telah dikenakan denda di dalam butik miliknya sendiri. Disebabkan itu, bapa angkat kepada pemilik butik tersebut telah bertindak untuk bayarkan denda itu sebab enggan isu ini dipanjangkan lagi.
Memetik laporan Sin Chew, bapa angkatnya hadir ke MPKBBRI bersama Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kelantan semalam.
“Ramai datang nak tolong tapi…”
Kata bapa angkatnya yang dikenali sebagai Xu itu, ramai pihak yang terdiri daripada golongan parti politik telah menghubunginya untuk menawarkan bantuan agar dapat mempertahankan hak mereka. Biarpun XU sangat hargai dengan bantuan tersebut, dia mengambil keputusan untuk enggan dipanjangkan dan terus bayar sahaja denda yang hanya bernilai RM 50.
“Saya tak nak besarkan isu ini, dan saya tak nak isu ini jadi isu politik. Jadi, saya bayar sahaja denda tersebut.”
Dalam pada itu, Xu juga tidak ada niat untuk timbulkan kekecohan kepada pihak kerajaan, namun dia berharap agar setiap individu patut dilayan secara adil.
Dalam pada itu, Xu turut menegaskan bahawa ramai orang berbeza dari segi pemahaman tentang “pakaian tidak sopan”.
Biarpun negeri mempunyai peraturan mengenainya, Xu berharap pihak majlis perbandaran dapat menghasilkan garis panduan yang lebih jelas tentang panjang seluar pendek, dan definisi tidak sopan.
Namun begitu, Xu juga menjelaskan bahawa isu yang terjadi ini tidak ada kaitan dengan isu perkauman.
“Saya tinggal di negeri yang majoritinya beragama Islam. Saya memahami kepentingan menghormati antara kaum dan budaya.”
Dalam pada itu, pihak MPKBBRI juga sebelum ini ada tampil memberikan penjelasan bahawa tindakan denda itu tiada kaitan langsung dengan unsur-unsur provokasi.
Baca : Wanita Bukan Islam Di Kelantan Dikompaun Kerana Berseluar Pendek Di Tempat Awam