in

Bapa Anak OKU Disuruh Alih Kereta, Tempat Parking Dibuat Tapak Niaga

Ft Anak Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Geleng kepala bila baca luahan daripada bapa yang dikenali sebagai Isma Nizam Norahman ini, memang faham peniaga di tepi jalan ini nak cari rezeki, tapi kena lah berpada-pada kalau nak jaga tapak dan biarlah kena pada tempat.


Baru-baru ini, Isma ada membuat satu luahan menerusi Facebook miliknya apabila dia diarahkan untuk alihkan kenderaannya.

 

“Bang bang kita nak turunkan barang dan letakkan van kat sini. Mintak abang alih lah”.

Kejadian itu berlaku ketika Isma ingin membawa anaknya Ahmad Baihaqi, 5 ke pusat riadah di Klang, Ahad minggu lalu, memandangkan anaknya itu OKU, pastinya dia akan ke tempat khusus tersebut.

Pada waktu itu dilihat orang begitu ramai, sampai parking untuk OKU sendiri penuh, dia ternampak satu kerusi diatas tapak dan segera alihkannya , namun dia tiba-tiba didatangi oleh seorang individu yang meminta untuk dia alihkan kenderaan sebab tapak itu dia nak buat berniaga.

“Bang bang kita nak turunkan barang dan letakkan van kat sini. Mintak abang alih lah”.
“Saya bawa anak OKU bang”. Sambil aku turunkan alat bantu jalan dak Ahmad ni.
“Nanti abang alih ya kereta abang”.
“OKU kot bang. Parking pun OKU. Sticker OKU negeri Selangor pun ada, orang OKU pun ada, perlu ke bang saya alih kereta?. Kalau saya sorang tak bawak anak saya, saya tak parking kat petak biru ni. Malu bang badan elok parking kat tempat bukan hak kita ni”.
“Ok bang, maaf bang”.

Hari ni kita berjalan kat taman nak.Paking bukan main penuh. Termasuklah parkir OKU. Dibuatnya tapak niaga.Tapak OKU…

Posted by Isma Nizam Norahman on Sunday, March 13, 2022

Menurut mStar, kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya cuma dia mula bersuara pada hari kejadian kerana dia berseorangan dan seperti yang diperkatakan tadi, parking OKU dah penuh.

Oleh itu Isma menjelaskan bahawa dia mahu kempen berkaitan dan penguatkuasaan terus dipergiatkan oleh pihak berkuasa agar golongan OKU tidak terus ditindas.

Justeru, Isma berpesan kepada para peniaga dan orang ramai agar tidak melakukan perkara sedemikian.

“Tempat itu sudah digazetkan untuk OKU. Saya harap kita semua ada sivik. Kena guna akal. Kita tak rasa apa yang orang OKU lalui.”

Baca : Ras Adiba Gesa ‘Kak Long’ Minta Maaf & Buat Aktiviti Amal Lepas Viral Hina OKU

Page Ras Adiba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.