in

“Banyak SME ‘cari makan’ dengan acara ini” – Isu Batalkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Perancang Majlis Luah Rasa Kecewa

Ft Rekateemor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah membuat satu pengumuman buat seluruh rakyat Malaysia. Antara intipati utama yang disampaikan semalam ialah pembatalan rumah terbuka Aidilfitri bagi jabatan-jabatan kerajaan.

Berikutan itu, ia membuatkan perancang majlis terkenal, Rekateemor menyatakan pandangannya mengenai hal itu kerana ramai yang dikatakan terkesan dengan perlaksanaan tersebut dan memohon pertimbangan daripada PMX.


Artikel berkaitan: Rangkuman Sidang Media Khas PM: Harga Minyak Kekal RM1.99 Seliter & Tiada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Artikel berkaitan: Teruk Dikecam, Menteri Kesihatan Beri Respon Isu Jemput Siti Nurhaliza Ke Rumah Terbuka KKM

Banyak SME ‘cari makan’ dengan acara ini

218400476 515529176355856 755696141434290309 N

Menerusi Threads miliknya, Rekateemor meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman tersebut kerana ia sekaligus memberikan impak kepada pengusaha Industri Kecil & Sederhana dalam bidang-bidang yang melibatkan acara sebegini rasa terkesan.

Screenshot 2026 03 12 165751

“Untuk pengusaha IKS, rumah terbuka untuk raya bukan sekadar sambutan. Ia adalah peluang penting untuk menjana pendapatan setelah sekian lama. Di sebalik rumah terbuka, ada banyak orang bergantung kepada acara-acara seperti ini.”

Menerusi IG Story miliknya pula, Rekateemor juga ada menjelaskan golongan-golongan yang terjejas adalah pemilik lokasi, pekerja dan pengusaha hotel, katering, perancang acara, dekorasi, penggubah bunga, syarikat sewa, pembikin pentas, krew audio dan pencahayaan, jurufoto, juruvideo, syarikat cetakan, penyedia pengangkutan, pemandu lori, pengeluar, pembersih, juruteknikal dan banyak lagi vendor kecil lain.

649584234 18575467849043554 4645855737546292635 N

Jelasnya, mungkin ada di antara kita anggap ia hanyalah sekadar hari rumah terbuka, tetapi bagi golongan itu, ia adalah salah satu punca rezeki mereka.

Jadi beliau berharap agar perspektif yang diberikan olehnya ini dapat dipertimbangkan semula oleh Perdana Menteri kerana majlis rumah terbuka bukan sahaja untuk bersuka ria semata-mata sebaliknya, ia membantu ramai rakyat Malaysia yang ‘berjuang’ untuk terus hidup dalam keadaan ekonomi hari ini.

Sumber : Threads, IG Story

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.