in

“Banyak plate nombor Malaysia” – Netizen Luah Rasa Simpati Lihat Keadaan Hatyai Selepas Banjir

banjir hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir besar yang berlaku di Hatyai, Songkhla, Thailand baru-baru ini digambarkan sebagai situasi ‘akhir zaman’ dengan orang ramai dilihat berebut-rebut makanan di jalanan, pusat pemindahan yang tidak terurus dan mayat dilihat terapung di mana-mana.

Banjir ini bukan sahaja memberi impak kepada ratusan ribu penduduk di wilayah itu, tetapi kepada para pelancong yang terkandas di sana juga.


Pun begitu, tular satu video di TikTok memaparkan situasi terkini di Hatyai yang mana air banjir dilihat sudah surut dan memperlihatkan kerosakan-kerosakan yang berlaku di sekitar bandar itu.

@niztaqq._x8

หนักกว่าในหนังก็หาดใหญ่นี้แหละ😪 บันทึกน้ำท่วมวมหาดใหญ่ 2568น้ำท่วมหาดใหญ่#หาดใหญ่ #หาดใหญ่สงขลา

♬ suara asli – flau – flau

Lebih menyedihkan, kelihatan puluhan kereta di tepi jalan yang rosak dan terbalik, kebanyakannya pula mempunyai nombor plate dari Malaysia.

Artikel berkaitan: “Jenuh memujuk” – Gelagat Pasangan Warga Emas Ketika Musim Banjir Cuit Hati Ramai

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: Sukarelawan Kongsi Video Warga Malaysia Terpaksa Bersesak Naik Lori

“Mesti lama kan nak bersih-bersih ini, kesiannya Hatyai” 

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan situasi yang sedang berlaku di Hatyai. Ramai yang mendoakan agar wilayah yang terkenal dalam kalangan pelancong ini pulih dengan secepatnya.

msia1 down

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan hasil laporan dari Kedutaan Malaysia di Thailand, jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai sudah berkurang kepada bawah 300 orang sehingga malam tadi, berbanding 1,500 orang dilaporkan petang semalam.

Dalam pada itu, operasi menyelamat bagi membawa semua rakyat Malaysia keluar dari kawasan terjejas itu akan diteruskan dan dijangka berakhir hari ini.

Sumber: TikTok, Berita Harian, The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.