Sebuah video tular di TikTok memaparkan deretan kereta terbiar misteri di tepi jalan di Cyberjaya, perkara itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan dan pengurusan bandar.
Video yang dimuat naik oleh @bioQueen di TikTok, menunjukkan kereta yang tingkapnya pecah, tayar hilang, dan lampu dicuri. Terdapat sejumlah besar buku koyak, pakaian lusuh, peralatan elektrik dan barangan lain yang berselerak.
Artikel berkaitan: “Balik naik e-hailing” – Kereta Mewah Disita, Warga China Tiada Lesen Memandu & Tidak Bayar Cukai Jalan
Artikel berkaitan: Tular Berbondong-bondong Kereta Lawan Arus, 23 Pemandu Dikenakan Saman
@bioqueen99 Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dah bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang dah berlaku. #bioqueen #keretatersadai #keretasewa
“Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dah bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang dah berlaku,” tulisnya di kapsyen.
Ruangan komen dihujani pelbagai respon daripada netizen khususnya yang menetap berdekatan kawasan itu.
Sebilangan besar mendakwa kereta itu milik pelajar luar negara yang meninggalkan kereta tersebut selepas pulang ke negara mereka.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak penguatkuasa kawasan berkenaan.
Sebagai info, di Cyberjaya banyak institusi pengajian tinggi yang menerima pelajar luar negara.
Sumber: TikTok