in

“Bantu ringankan beban warga syarikat” – AKSB Jawab Isu Beri Saguhati Hingga RM10,000

Aksb Jawab Ringankan Beban Syarikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, tular sebuah surat rasmi mengenai butiran yang memaklumkan ahli lembaga pengarah Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menerima pemberian wang saguhati sebanyak RM10,000 seorang.

Malah, Setiausaha dilaporkan menerima RM2,000 seorang manakala warga syarikat yang lain pula menerima RM200 seorang.


Difahamkan, ia merupakan pemberian saguhati sempena sambutan Aidilfitri tetapi telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang kecewa dengan kualiti air di Kelantan.

Pemberian saguhati untuk ringankan beban warga syarikat

Tampil memberi respon tentang isu tersebut, AKSB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan berkata ia merupakan amalan biasa sesebuah syarikat sebagai keraian dan untuk meringankan beban warga syarikat itu ketika sambutan Aidilfitri.

“Amalan memberi sagu hati kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan syarikat merupakan amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian dan membantu meringankan beban warga syarikat dalam menyambut Aidilfitri.

“Bayaran sagu hati ini dibuat mengikut prosedur tadbir urus dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat,” kata AKSB.

Walaupun sudah menjelaskan tentang perkara itu, namun orang ramai masih mempertikai kewajaran memberi sagu hati sehingga RM10,000 ketika ramai warga Kelantan terkesan dengan masalah air.

Ada yang menegur pemberian itu tidak salah jika prestasi syarikat memberangsangkan. Malah, terdapat juga netizen yang mendakwa isu pemberian bonus ini bukanlah perkara yang baru malah sudah berlarutan selama 30 tahun.

Baca: “Supply air keruh pun dpt bonus” – Air Kelantan Didakwa Beri Saguhati RM10K Pada BOD Sempena Raya?
Air Kelantan Bagi Bonus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.