in

“Bangsa Melayu semakin pupus!”

51531815806 Sultanperak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara kita amalkan prinsip Bebas Bersuara, setiap orang termasuklah pemimpin serta rakyat bebas meluahkan perasaan mereka berkaitan dengan negara kita. Setiap hari mesti akan ada pihak yang mempersoalkan perkara yang terjadi dekat negara kita ini.


Tak melepaskan peluang Bebas Bersuara ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah, turut menyuarakan pendapat baginda. Menurut The Sun Daily, baginda meluahkan rasa risaunya apabila lihat tingkah laku bangsa Melayu sekarang yang seakan-akan mahu pupus seperti dinosaur.

Bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi serta politik,” titah baginda.

Kl45 200718 C2785739 18721 363
sumber: the sun daily

Difahamkan Sultan Nazrin bertitah sedemikian pada Malam Semarak Perjuangan Sempena Anugerah Tokoh Srikandi 2018 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenangjung (GPMS), semalam.

Dinasour mempunyai tubuh yang besar tapi minda yang kecil, minda yang tak berupaya melakukan pengubahsuaian selaras dengan perubahan persekitaran, memilih kekal hidup dengan habitat lama.”

Lalu populasinya mengecil dan akhirnya pupus, tinggallah bahan-bahan fosil dan dipamerkan di muzium serta dijadikan bahan kajian.”

51531815806 Sultanperak 1
sumber: awani

Baginda menegaskan kepada bangsa Melayu untuk wujudkan kaedah perjuangan baharu bagi memastikan kelestarian bangsanya dalam menghadapi iklim baru politik pasca PRU-14, agar mereka semua tak tercicir ketika menghadapi Revolusi Industri Keempat.

Baginda juga meminta agar semua orang Melayu ubah minda mereka, serta berani dalam memeriksa kesalahan sendiri dan melakukan penghijrahan minda dan budaya.

Orang Melayu wajib meneliti realiti semasa, menerima hakikat bahawa telah wujud persekitaran baru di pentas negara dan di pentas dunia. Orang Melayu wajib celikkan mata, segera bangun daripada mimpi, berani memamah realiti baharu walau sepahit mana sekalipun.”

Dalam pada itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang mahu maju dan dihormati, hendaklah berani membuka minda dan tak benarkan diri mereka jadi hamba kekayaan dan menjadi abdi kerana tarikan jawatan sehingga menggadaikan prinsip serta kebenaran.

Admin sokong 100% apa yang Sultan titahkan ini. Harap kita semua jangan terlalu leka, dan terus maju untuk negara yaa!

Baca: “Kesultanan Johor tidak guna wang rakyat”

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.