in

“Bangga jadi anak M’sia”- Hikmah Covid-19, Seluruh Dunia Kini Tertumpu Pada Malaysia!

Feat 15

Tanpa kita sedar sebenarnya wabak Coronavirus sedikit sebanyak telah membuka mata banyak negara di seluruh dunia untuk mengenali Malaysia.

Mungkin ada antara mereka sebelum ini yang tidak pernah dengar atau tahu langsung mengenai kewujudan negara kita namun hikmah Covid-19, Malaysia menjadi antara negara yang dipuji seantaro dunia.

Inisiatif Malaysia dipuji Dunia!

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
  • Social Distancing (jarak 1 meter)
  • SOP aktiviti ekonomi
  • Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

dan banyak lagi usaha yang diperkenalkan kerajaan, yang telah membuka mata banyak negara di dunia.

Puji 3 1

Senegal, Amerika Syarikat, Indonesia, China, Singapura, Kesatuan Eropah, Rantau Asia Tenggara, Timur Tengah dan banyak lagi negara lain, kesemuanya memuji tindakan Malaysia berdepan Covid-19.

Bukan itu sahaja, keprihatinan rakyat Malaysia yang saling membantu antara satu sama lain juga menjadi buah mulut masyarakat luar.



Prego join sekaki bagi sumbangan semasa Covid-19

Tidak ketinggalan untuk sama-sama menunjukkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Prego satu jenama yang tidak asing lagi di negara ini turut menghulurkan bantuan sepanjang musim Covid-19..iyelah mesti ramai yang terjejas kan.

Mensasarkan golongan yang memerlukan bantuan dan kurang keupayaan sepanjang Covid-19, Prego melaksanakan 2 inisiatif mulia iaitu :

 

Kempen Derma #PregoCares

Kempen ini turut melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang ingin sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu beli mana-mana produk Prego dan RM0.30 daripadanya akan disalurkan untuk sumbangan.

Produk-produk ni korang boleh dapatkan di semua kedai terpilih seluruh negara termasuk platform dalam talian seperti Lazadasementara stok masih ada!

Yang seronoknya korang boleh dapat hidangan yang lengkap dengan pembelian produk-produk Prego ni.

Di akhir tempoh kempen, Campbell Malaysia akan edarkan barangan keperluan #PregoCares bernilai RM50 setiap satu kepada 1400 isi rumah…semua ini hasil sumbangan koranglah!

Pek barangan keperluan #PregoCares yang diedarkan terdiri daripada produk-produk Campbell sendiri, yang sememangnya digunakan dalam kehidupan seharian.

Jadi apa tunggu lagi, jom beli produk Prego , korang bukan je dapat menikmati hidangan yang sedap tapi pada masa sama menderma kepada mereka yang memerlukan!!

 

Program Makanan Amal #PregoCares

Dibawah program ini sebanyak 14,000 hidangan lengkap diedarkan sepanjang 28 hari bermula dari 27 Mei lalu hingga 29 Jun, dengan 500 hidangan diedarkan dalam sehari kepada golongan yang memerlukan.

Golongan sasaran merupakan komuniti PPR dibawah kumpulan B40 di sekitar Lembah Klang.Program ini turut mendapat kerjasama daripada Palang Merah Malaysia dan Chef On Wheels.

Whatsapp Image 2020 06 05 At 14.19.26

Korang boleh pergi ke facebook Prego Malaysia untuk tengok gambar dan perkembangan terkini Program Makanan Amal #PregoCares ni.

Malah melalui kedua-dua inisiatif ini diharap ia secara tidak langsung dapat mendidik rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, kerana sumbangan yang sedikit amat besar maknanya kepada mereka.

 

Beruntungkan jadi rakyat Malaysia, sebab saling tolong menolong dalam apa jua keadaan tak kira agama, bangsa dan status! Seronoknyaaaa…



Sumber: Prego