in

“Bangga gila!” – Netizen Teruja Tengok Reaksi Rakyat Jepun Puji Animasi Mechamato

Mecha 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak tahu animasi tempatan Malaysia, Mechamato yang kini mendapat nama di Jepun, animasi yang diterbitkan oleh produksi MONSTA raih pujian ramai kerana jalan ceritanya yang unik dan tiada unsur negatif.


Terbaru, satu video yang dimuat naik oleh akaun @MONSTA di TikTok memaparkan reaksi rakyat Jepun selepas menonton filem animasi tersebut. Bukan budak-budak je excited, yang dewasa pun teruja lepas tengok movie tu!

@boboiboy

Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! 🇯🇵🇲🇾 #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー

♬ original sound – MONSTA – MONSTA

“Tak sama macam anime”

Dalam video tersebut, mereka menemu ramah beberapa orang selepas menonton filem tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata, filem Mechamato ini tidak sama seperti anime kerana jalan ceritanya yang menyentuh perasaan.

Tak sama macam anime, babak pertama bila semua orang berjumpa tu sangat menarik! Saya tersentuh sampai menangis. Saya nak tengok 2-3 kali lagi lepas ni. Best sangat!

Artikel berkaitan: “Tiada unsur negatif” – Ibu Bapa Di Jepun Dedah Punca Mechamato Jadi Pilihan Kanak-Kanak

Artikel berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah, Animasi Luar Jepun Pertama Menangi Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Beberapa orang budak juga seronok lepas tonton filem itu. Masing-masing mengandaikan jika mereka mendapat kuasa mechanize, mereka mahu menyelamatkan dunia sama seperti superhero Mechamato lakukan.

Semua penonton dalam panggung wayang tersebut melakukan aksi sambil menyebut tagline “Mechabot… mechanize!”

Mechamato 1

Animasi terbitan MONSTA itu harus dibanggakan kerana produk Malaysia bukan sahaja dapat masuk pasaran Jepun malah rakyat di sana amat sukakan animasi itu.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji produksi MONSTA kerana berjaya sampai ke tahap antarabangsa. Ada yang request mahu menonton filem tersebut dalam dubbing bahasa Jepun.

Mechamato 2 Mechamato 3

Wah! Min pun excited bila tengok ni. Tahniah MONSTA!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.