in

Mechamato Cipta Sejarah, Animasi Luar Jepun Pertama Menangi Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Mechamato Festival Animasi Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia sekali lagi menjadi bualan ramai apabila filem animasi Mechamato merangkul anugerah di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023.

Filem terbitan Animonsta Studios itu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem animasi luar Jepun yang merangkul Anugerah Peminat Anime di festival tersebut.


Dalam sebuah kenyataan, pihak Animonsta memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.

Ketua Pegawai Kreatif Monsta, Anas Abdul Aziz menerima anugerah itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.

Selain itu, Anas turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada mereka yang sudi mengundi Mechamato.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada setiap peminat yang sudi mengundi kami dari seluruh Rantau Asia Pasifik.

Kami akan terus bekerja keras dan membawa AniMY (animasi Malaysia) ke destinasi baharu dan pada masa sama, turut mengeksport budaya kami,” katanya.

Sebagai info, Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris.

Tahniah!

Baca: “Laju terokz!” –  Sah Masa Tayangan Mechamato Ditambah, Tindakan Pantas Fahmi Fadzil Dipuji

Mechamato Fahmi Fadzil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.