in ,

“Balik solat Jumaat terus pegi merompak ke bang?” – Video Tular Aksi Rompakan Di Sebuah Kedai Bikin Netizen Kecoh

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, kecoh kejadian samun yang berlaku di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17 Shah Alam.


Kalau ada belum tengok, rakaman kamera litar tertutup berdurasi hampir seminit tu menunjukkan dua suspek lelaki bertopi keledar masuk ke premis sambil mengacukan senjata parang ke arah pelanggan dan petugas di kaunter bayaran.

 

Habiskan rokok dulu ye bang

Sewaktu kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang beratur untuk membuat bayaran di kaunter.

Salah seorang suspek kemudian meluru ke belakang kaunter dan mengambil tiga karton rokok berjumlah RM510, serta wang tunai RM200 sebelum melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran palsu.

Kalau korang perhati, sorang lagi suspek yang agak pendek tu pun menyempat jugak rentap beg tangan mangsa perempuan. Nasib baik takda sapa pun yang cedera.

Berani buat salah, beranilah tanggung akibatnya. Sekarang polis sedang melancarkan gerakan memburu dua penjenayah terbabit yang dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 

Biar polis siasat dulu

Setelah tersebarnya rakaman CCTV tersebut, maka berkerumun la ‘detektif-detektif’ di laman sosial membuat rumusan dan kesimpulan masing-masing dalam usaha merungkai jenayah berkenaan.

Dan dalam banyak-banyak komen tu, antara yang tak best dibaca bila ada yang terus membuat kesimpulan kes dilakukan oleh bangsa Melayu — hanya kerana si pelaku memakai baju yang menjadi identiti bangsa tersebut sewaktu kejadian.

Samun6

Samun7

Selagi belum disahkan pihak polis yang membuat siasatan, rasanya baik kita jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Macam apa yang pengguna media sosial ni kongsikan, ada betulnya jugak kan?

Samun8

Samun5

Samun3

Orang sekarang ni, nak buat jahat memang tak fikir panjang dah. Tak kira la apa jenis bangsa dan baju kebangsaan sekali pun, hari Jumaat hari mulia ke, kedai ramai orang ke tak — dia nak samun, dia samun je.

Banyak je kerja yang boleh dibuat kat Malaysia ni, rajin tak rajin je nak buat.

 

Baca: “Bodoh punya perompak” – Netizen Terbahak Tengok Video CCTV Kes Samun Tak Jadi Ni

Samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.