Biasa dah kita dengar, orang perempuan kuat berleter kalau suami mereka selalu pulang lewat ke rumah.
Tapi bayangkan jika satu hari nanti, suara leteran tu hilang sampai bila-bila.
Balik lepak bini dah tak ada
Seorang wanita berkongsi kisah yang pernah berlaku kepada rakan abangnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata ketika itu.
Si suami dikatakan telah keluar melepak bersama kawan-kawan sehingga lewat pagi.
Sebaik tiba di rumah, bayi yang berusia 3-4 bulan dah menangis kelaparan sehingga tak mampu lagi keluarkan suara.
Sejak pukul berapa anak tu menangis tak ada yang melayan? Bila diperiksa, rupanya isteri tak bernyawa!
Can you imagine? Balik lepak tiba2 bini dah tak ada. Sedangkan waktu tu sepatutnya kau patut ada sebelah bini kau..”
Weih..tak dapat bayangkan kalau berlaku kat diri sendiri. Mesti meraung teruk!
Kawan abang tanggung rasa bersalah sampai ke hari ini
Katanya, sama ada suami mahupun keluarga isteri tak tahu punca kematiannya malam itu.
Bila orang tanya bini meninggal sebab apa tapi kau tak boleh nak jawab sebab kau tak tau apa yang jadi..”
Macam mana nak explain kalau sendiri pun tak tahu dan tak ada kat tempat kejadian, kan?
Sampai sekarang, kawan abangnya masih rasa bersalah sebab tak ada di sisi isteri waktu itu.
Tergamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’??
Walaupun kejadian ini telah berlaku dua tahun lalu, ia masih berbekas pada hati si suami.
Sewaktu ditanya oleh keluarga mertua ketika itu apa telah berlaku, dia hanya mendiamkan diri.
Kalau kau dekat tempat kawan abang I tu gamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’ ??”
Tak dapat bayangkan rasa kesal dalam hati si suami.
Terpaksa hadap keluarga mertua lagi yang fikirkan apa berlaku pada anak tersayang.
Tak salah lepak cuma kena tahu keutamaan
Walaupun tak menyalahkan rakan abangnya, tapi wanita itu cuma inginkan setiap pihak mengambil iktibar daripada perkongsiannya.
Tak salah untuk berjumpa kawan-kawan cuma adalah masanya. Kena tahu tanggungjawab dan priorities masing-masing.
Takkan dah berkahwin pun masih hendak pulang lewat melepak seperti waktu bujang?