Pempengaruh dan usawahawan scone terkenal, Zamzam Zulaikha Abu Shah atau lebih mesra dengan panggilah Kak Ika Opah Strawberi tampil memberi respon berhubung dengan beberapa isu yang melibatkan dirinya sebelum baru-baru ini.
Menerusi Threads, Zamzam tampil membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya dalam membalas komen dengan menggunakan kata-kata kesat dalam satu hantaran berkenaan kesesakan lalu lintas di Cameron Highland.
Artikel berkaitan: Jualan Peniaga Jadi Tak Laku Lepas Tular Maki Netizen B40 Bar*a?
Artikel berkaitan: “Cepat betul sold out” – Penangan Tweet Khairulaming, Jualan ‘Scone’ Peniaga Kecil Ini Raih Lebih RM 17 Ribu Dalam Masa 5 Jam
Dia juga menyelasi dengan tindakannya itu dan bertanggungjawab sepenuhnya, Zamzam mengatakan yang dia telah hubungi setiap netizen yang mendapat balasan bahasa kasar tersebut.

Dalam pada itu, Zamzam juga ada tampil bersuara berkenaan dengan isu yang mendakwa dirinya telah menghina golongan B40 dalam satu sesi live.
Menurutnya, dia langsung tidak merujuk kepada golongan tersebut sebaliknya ditujukan kepada akaun luar negara yang memasuko sesi siaran langsungnya.

Dalam hantaran tersebut, Kak Ika juga ada melampirkan keratan video yang tular dan video asal berkenaan dengan kenyataannya itu.
Dalam pada itu, Kak Ika menerima segala teguran dan anggap perkara inis ebagai satu penagjaran untuk lebih berhati-hati cara berkomunikasi di masa hadapan.
Sumber : Threads
