in

BAHAYA! Lelaki Sesak Nafas Lepas Dapat Urutan ‘Letup Tengkuk’ Di Kedai Gunting Rambut

Cc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kaum lelaki, korang mesti biasa kena urut dekat kepala, tengkuk dan bahu lepas gunting rambut kan? Kadang-kadang boleh dapat pakej sekali dengan ‘letupkan’ tengkuk betul tak?

Tidak dinafikan, ada kalanya urutan tersebut mampu memberikan kelegaan. Tetapi, tindakan itu juga mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan lebih-lebih lagi terdapat urat di bahagian tengkuk yang menghubungkan antara otak dan tulang belakang.


C 1

Di India, seorang lelaki berumur 54 tahun mendapat urutan di tengkuk sehingga ada bunyi ‘letup’ dan nasib tidak menyebelahinya apabila dia tiba-tiba sahaja sesak nafas. Mangsa terus dikejarkan ke hospital selepas insiden tersebut.

Menerusi perkongsian dari Facebook Public Health Malaysia. Mangsa telah menjalani pemeriksaan MRI mendapati kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2711805295775992

Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diafragma iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Kesan kejadian tersebut menyebabkan lelaki itu terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

 

3 Akibat letupkan tengkuk

Berikut adalah 3 kesan buruk jika kita ‘letupkan’ tengkuk;

  • Mengakibatkan kecacatan seumur hidup akibat kerosakan saraf, tulang, sendi dan otot di tengkuk
  • Saluran darah di tengkuk tercedera
  • Mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk

 

Jadi korang lepas ni kena lebih hati-hati. Sebaiknya elakkan untuk terima offer tukang gunting rambut kalau nak urut tengkuk. Nanti kalau jadi apa-apa kan susah.

Baca: “Dipukul dan ditumbuk” – Penghuni Pusat Jagaan Pesakit Mental Ipoh Maut Dibelasah Roommate Sebab Kencing Merata

C2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.