Bila dah masuk hujung tahun ni, memang sana sini lah kenduri kahwin. Lagi-lagi bila dah boleh buat majlis keramaian sekarang. Tapi, jangan lupa, pergi mana-mana still kena ikut SOP tau!
Tambah pula keluarga dapat berkumpul, memang meriah! Disebabkan peluang tu, kebanyakan keluarga akan cuba pelbagai aktiviti dengan pengantin baru untuk kuatkan bonding dengan ahli keluarga.
Seperti yang dikongsikan dalam video menerusi aplikasi TikTok, pengantin lelaki kena teka mana satu isterinya dalam banyak-banyak bungkusan bunjut. Bahaya beb kalau salah pilih!
@faizalangah46 myfamily…nk part 2 kasi #fyp la…hahahah
Difahamkan, majlis itu diadakan di Perak dan ianya bukanlah adat dari negeri tersebut. Idea untuk game itu tercetus dari ahli keluarga hanya untuk mengeratkan hubungan kedua-dua pihak pengantin.
Kalau tengok betul-betul, memang banyak bunjut depan pelamin tu. Saiz pun lebih kurang sama!
Bukan itu sahaja, ianya juga dikatakan dapat menguji tahap sejauh mana si suami dapat mengenali isterinya, siap ada yang gurau di bahagian kalau salah pilih, auto tidur luar. Amboi… suka betul korang ehh!
Ada juga komen yang mengatakan ianya kreatif serta unik kerana belum pernah lihat permainan sebegitu untuk pengantin baru malah ada yang teringin nak gunakan idea itu untuk majlis mereka sendiri nanti.
“Pertama kali sis tengok macam ne.. funny?? boleh lah try untuk majlis sis ke sesiapa nanti ehehehe” – Komen netizen
Video itu mempunyai sambungan untuk bahagian kedua dan juga ketiga. Haa! Kalau korang nak tahu dia dapat teka dengan betul ataupun tak, korang boleh tengok kat sini. Ketika ini, video tersebut telah mendapat lebih dari 2 juta views dan juga lebih 144 ribu likes di TikTok.
Bestnya! Min yang excited lebih tengok video ni… Hahaha… Okay lah, nak juga ambil idea ni untuk majlis sendiri nanti hihihi…