in

Ngidam Makanan Perkara Biasa, Wanita Ini Pula Mengidam Nak Jadi Pengantin Ketika Mengandung Anak Kedua

F4 Mengidam Jadi Pengantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah kan kita dengar orang tua-tua dulu kata kalau kita tak tunaikan permintaan yang diminta oleh ibu mengandung yang sedang mengidam, nanti bayi lepas lahir akan meleleh air liur.


Walaupun perkara ni tak ada bukti saintifik, tapi sebaiknya si suami digalakkan untuk cuba tunaikan selagi benda tu tak memudaratkan sesiapa.

Selalunya kita dengar orang mengandung mengidam nak makan makanan yang pelik-pelik kan namun lain pula ceritanya buat seorang wanita Indonesia yang sedang hamil anak kedua ini.

Menurut sebuah video TikTok yang viral baru-baru ini, wanita itu mengidam nak jadi pengantin lagi sekali dengan suaminya, lapor Liputan6.

@singamanja_slebeww

♬ original sound – nojamct – ?????????

Video itu telah dikongsikan oleh akaun yang dikenali sebagai singamanja_slebeww dan sehingga kini, video yang berdurasi 14 saat itu telah meraih sebanyak 2.7 juta tontonan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ibu hamil dan suaminya bukan sahaja memakai baju pengantin, namun mereka juga dibawa berarak di sekeliling kampung.

Mengidam Pengantin 2

Baru lah ada feel macam pengantin baru lagi sekali kan. Nampaknya mengidam nak buat aktiviti yang jarang dibuat oleh orang bukanlah sesuatu yang pelik di negara itu, kerana menurut netizen, ada seorang ibu hamil lain pula pernah mengidam nak menaiki kereta polis.

Mengidam Pengantin 3

Malah, ada juga netizen lain yang kata anak sulung pasangan ini pula bertuah sebab dapat hadir ke ‘majlis perkahwinan’ ibu bapanya.

Betul jugak tu, budak-budak kecik kan selalu persoalkan kenapa dorang tak ada dalam gambar kahwin mak ayah dorang.

Comel je suami wanita dan orang kampung dorang ni kan, layan je permintaan ibu hamil.

Sumber: Liputan6, TikTok @singamanja_slebeww 

Baca: Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Menangis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin 

Mengidam Pengantin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.