Wanita mana yang tak mengimpikan perkahwinan? Namun perkara ni menjadi mimpi ngeri buat para gadis, apabila perancangan mendirikan rumah tangga itu hancur berkecai di tengah jalan.
Seperti yang ramai tahu, pengacara dan pelakon Zulin Aziz baru-baru ni putus cinta dan membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya. Macam manapun, perkara ni tak menghalang Zulin untuk ‘bersanding’ meskipun tanpa ‘suami’ di sisi.
“Bahagia tak khianat aku? Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin tanpa jadi isteri kepada lelaki yang salah”
Menerusi posting Zulin yang viral di Twitter, pelakon ni meluahkan rasa sedih bercampur syukurnya atas sebuah ‘majlis perkahwinan’ yang diadakan hari ni. Bersama posting tu, Zulin memuat naik video persiapan majlis persandingannya yang nampak ‘grand’ dan cantik.
Bahagia tak khianat aku?
Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin esok tanpa aku menjadi isteri kpd lelaki yg salah.
Lagi bersyukur aku duduk atas pelamin sorang2 dari duduk disitu sebagai isteri kepada lelaki yg salah pic.twitter.com/0JhFw1tV6o— زولين عزيز (@iamzulinaziz) October 29, 2018
“Kakak tau mama nak sangat tengok akak kawin. Kakak dah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada”
Lebih menyedihkan apabila Zulin juga berkongsi luahan ibunya yang sedih melihat persiapan majlis tersebut.
Pun begitu, sebagai anak yang baik Zulin memohon supaya ibunya mendoakan dia bertemu dengan lelaki yang baik dan tidak mahu lagi lelaki seperti ‘itu’ jadi punca ibunya terus bersedih. Alahaii touchingnya bila sentuh soal ibu ni…
Kakak tau Mama nk sgt tgk kakak kawen .Kakak dah buat yg terbaik cuma jodoh tak ada.Nasib xberapa baik kakak jmpa org yg salah lg.Kakak selalu doa semoga kakak dpt bg menantu yg baik utk mama❤️ pic.twitter.com/hfSPWOzTik
— زولين عزيز (@iamzulinaziz) October 29, 2018
Harini ada lelaki menjadi punca mama nangis sedih.Tapi satu hari nanti akan ada lelaki jadi punca mama nangis happy sbb dia boleh jaga kakak baik2❤️
— زولين عزيز (@iamzulinaziz) October 29, 2018
Rupanya nak buat muzik video lagu kenangan perkahwinan dirancang musnah…
Menurut mStar, so called majlis persandingan yang diadakan hari ini ialah untuk dirakamkan dalam sebuah muzik video untuk abadikan kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.
“Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah,” katanya.
https://www.instagram.com/p/BpinSiLla8t/?taken-by=zulinaziz
Walau bagaimanapun, Zulin tak benarkan mana-mana ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran untuk elak mereka sedih. Menerusi tweet pelakon tersebut, hanya sahabatnya saja dilihat datang ke ‘majlis’ itu.
Video muzik istimewa ni bakal keluar tak lama lagi dengan ia hanya dilancarkan di Youtube saja sebagai kenang-kenangan.
Semoga terus bertabah. Jodoh yang baik pasti ada untuk orang yang baik macam Zulin.
Baca: Kenapa Bila Putus Cinta Susah Sangat nak Move On? Ikut 7 Langkah Ni Untuk Berhenti Meratap