Biasanya kita tengok pelanggan kedai makan kemas dan bersihkan meja mereka selepas makan. Kalau tak kemas banyak pun, at least pinggan-pinggan disusun secara bertingkat untuk memudahkan pekerja kedai untuk mengemas meja.
Semalam, tular di TikTok video yang dikongsi oleh satu kedai kopi yang terletak di Port Dickson. Rakaman CCTV yang tular itu memaparkan dua orang pelanggan di kedai itu sedang mengemas meja makan kedai itu.
@kopidankueh Sampai meja lain pun dia tolong kemas sekali. Semoga pelanggan macam ni murah rezeki selalu 🙏 #fyp #xyzbca #foryourpage #coffee #portdickson #kopidankueh
Kemas meja pelanggan lain
Jelas dalam video itu, ada satu meja yang tidak sempat dikemas lagi terletak berhampiran dua orang pelanggan. Mereka berdua pada ketika itu sudah selesai makan dan terus mengemas meja yang telah digunakan.
Tidak hanya mengemas permukaan meja, pasangan itu juga menolak kerusi meja kembali ke posisi asal. Pelanggan lelaki itu kemudiannya membawa dulang makanan mereka ke kaunter kedai.
Dalam masa yang sama, pelanggan perempuan itu pergi semula ke meja yang tidak dibersihkan itu lalu mengemasnya. Dia membawa dulang makanan dari meja itu pergi ke kaunter.
Artikel berkaitan: “Bawa sikitlah pitih tu” – Peniaga Luah ‘Terbeban’ Dengan Pelanggan Guna Cashless
Artikel berkaitan: Amir Raja Lawak Kena Tuduh ‘Curi’ Pelanggan, Ambil Keputusan Untuk ‘Slow down’ Bisnes Air Di Perak
“Moga murah rezeki selalu”
Nampak raut wajah pekerja kedai itu gembira kerana sikap baik hati mereka membantu mengemas meja yang telah digunakan.
Sampai meja lain pun dia tolong kemas sekali. Semoga pelanggan macam ni murah rezeki selalu.
Di ruangan balas, ramai warganet memuji tindakan mereka berdua yang baik hati memudahkan urusan orang lain.
Selain itu, ada netizen berpendapat itu adalah sikap warga Singapura yang mana di negara itu ada menetapkan undang-undang untuk rakyatnya mengemas meja selepas makan.
Respect dengan diorang ni!
Sumber: TikTok