Kehadiran pemain berdarah kacukan dalam skuad bola sepak kebangsaan adalah tidak asing lagi dalam kalangan penyokong tegar pasukan negara. Ramai pemain yang mendapat status kewarganegaraan telah mengharumkan nama Malaysia dalam kancah bola sepak di peringkat antarabangsa.
Salah seorang pemain naturalisasi negara, David Rowley seakan sudah selesa dan berasimilasi dengan budaya dan percakapan penduduk Malaysia.
Terkini, Rowley memberikan kata-kata motivasi dan semangat kepada bakat muda bola sepak negara dengan bercakap dalam Bahasa Melayu. Korang boleh tengok video Rowley cakap Bahasa Melayu dalam video @pemain_ke_12 di bawah.
Bagus David Rowley ni. Dia cuba untuk bercakap Bahasa Malaysia pic.twitter.com/K7lmWuoZXQ
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) February 17, 2023
Bagus Rowley ni
Rata-rata netizen memberi pujian kepada Rowley yang kini bermain bersama pasukan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia. Walaupun masih pelat dalam bertutur dalam Bahasa Melayu, effort pemain kelahiran Australia ini harus diberikan tepukan.
Min perasan gak dia cakap BM ada slang Australia. Tak apa lah, janji mesej tu berjaya disampaikan dengan baik dan orang boleh faham.
Itu lah, min teringat juga masa dia dapat call-up main untuk Malaysia, interview dia cakap dalam Bahasa Melayu. Memang terbaik lah Rowley ni.
Bagus lah bercampur dan mengenali budaya setempat. Bukan senang nak tengok orang luar yang sanggup ikut budaya penduduk tempatan.
Yang ini min paling setuju. Tak selalu kita nampak pemain kebangsaan bagi motivasi dan kata-kata semangat kepada bakat muda. Memang terbaik lah David Rowley!
Baca: “This is football!” – 5 Momen Indah Sepanjang Piala AFF Buat Ramai Tersentuh