in

“Ayat berterabur, talk about himself almost most of the time” – Student Menyesal Hadir ‘Talk’ Yang ‘Tiada Input’ Ini

Penceramah4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuan kita hadiri sesuatu ‘talk’ itu adalah untuk menimba ilmu, mendapat inspirasi dan motivasi daripada apa yang disampaikan oleh seseorang itu.


Tapi agak mengecewakan jika kita meluangkan masa untuk sesuatu perkara yang berilmiah ini rupa-rupanya tidak membawa sebarang hasil sepertimana yang terjadi kepada mahasiswa disebuat institusi pendidikan tempatan ini.

Mereka mengikuti satu ceramah ini, tapi tak dapat apa-apa input lepas 2 jam mengikuti program tersebut sampai menjadi isu viral dek kerana bengang dengan sikap penceramah yang dikatakan tak profesional.

 

Ayat berterabur…Tak faham soalan lepastu bergaduh dengan student 

Penularan isu ini bermula apabila salah seorang siswazah yang mengikuti program tersebut menzahirkan rasa bengangnya di Twitter.

Menurutnya, penceramah itu bersikap tidak profesional kerana tidak membuat persediaan rapi, malah sepanjang ceramah, dia hanya menceritakan pasal dirinya sendiri sahaja dan siap bergaduh dengan siswa lagi ketika sesi soal jawab.

Malah, difahamkan penceramah tu siap kena boo lagi oleh penonton. 

Please DO NOT invite En******** for any event. Bad speaker, a really bad one. Came unprepared, ayat berterabur, talk about himself almost most of the time, no input. Tak faham soalan pstu bergaduh dgn student time Q&A session. Very unprofessional. Memang patut kena boo tadi.”

Dalam pada itu, seorang lagi student juga merasakan bahawa mengikuti ceramah itu dah buang masa dia 2 jam kerana tidak memberikan sebarang manfaat.

 

Sungguh pun banyak kecaman yang diterima, penceramah tersebut terima teguran itu dengan hati terbuka.

Menurut pengasas laman informasi berbahasa Inggeris itu, dia mungkin  overexcited  dan menyedari bahawa penonton tidak gembira dengan caranya. Dia tampil memberi respon dan cuba memperbaiki silapnya itu.

 

Penceramah mohon maaf

Englishjer Englishjer2 Englishjer3

Hurm, tak apalah jadikan ia sebagai satu pengajaran, mungkin masih baru lagi dan masih belum arif. Sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk memperbaiki diri dan tak melatah biarpun dah kena viral.

 

Baca : Penceramah Dijemput Ke Sekolah di KL Ejek Mangsa Bunuh Diri, Gelar Mereka ‘Lembik

Penceramah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.