in

Penceramah Dijemput Ke Sekolah di KL Ejek Mangsa Bunuh Diri, Gelar Mereka ‘Lembik’

Guy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceramah sepatutnya berikan kata-kata yang menaikkan semangat dan mesej positif kepada pendengar yang hadir untuk mendengar ceramahnya. Tapi lain pula jadinya dalam satu ceramah di sebuah sekolah ni. Kalau korang baca ni nanti korang pun panas!


Menurut sebuah perkongsian di Facebook, seorang pelajar berusia 14 tahun meluahkan rasa kecewa dia pada seorang penceramah yang datang bagi ceramah kat sekolah dia ni.

11
sumber: facebook

Penceramah tu khabarnya kena bagi talk pasal macam mana nak lalui masa-masa susah dalam hidup, tapi dia end up buat joke pasal bunuh diri dan memperkecil seseorang yang dah meninggal sebab bunuh diri. Eh teruknya!

Lepas tu, penceramah ni dia panggil orang yang bunuh diri tu ‘lembik’ kat ceramah dia. So pelajar-pelajar yang dengar talk dia tu bengang la dan marah dia kat laman sosial. Tapi, dia panggil pelajar-pelajar ni oversensitive pulak!

Walaupun tak pernah alami depresi dan tak pernah terfikir langsung untuk bunuh diri atau cederakan diri sendiri, Wong rasa perkataan-perkataan yang digunakan oleh penceramah tu sangat lah kasar.

22 1
sumber: facebook

Pelajar yang betul-betul menderita depresi confirm lebih terasa dengan kata-kata penceramah tu. Lebih teruk lagi, penceramah tu siap buat joke pasal artis K-Pop yang meninggal bunuh diri kerana depresi.

“Jangan jadi macam artis K-Pop yang bunuh diri sebab tak boleh deal dengan life tu. Lelaki tu lembik, jangan jadi macam tu,” kata penceramah tu.

Ramai kawan-kawan Wong dah buat aduan pasal penceramah tu kat media sosial, tapi balasan dia memang childish dan memalukan sangat. Kalau tengokkan tweet dia kat media sosial pun, bahasa dia memang kasar.

33
sumber: facebook

Kita tak tahu apa yang orang lain hadapi, jadi tak boleh la suka hati je bergurau pasal benda yang sensitif macam depresi dan bunuh diri ni. Penceramah sepatutnya lebih tahu benda macam ni dan tak sentuh isu sensitif dengan cara yang salah. What’s more, after students pointed out what he said was wrong, dia tak insaf lagi and nak gaduh-gaduh.

Tak patut betul la penceramah ni. Geram pulak admin baca tweet dia. Korang kena ingat, sentiasa considerate kat semua orang sebab kita tak tahu apa orang lain lalui. Terutamanya orang-orang yang hadapi depresi, tak siapa tahu apa yang dorang kena hadap setiap hari.

Baca: “Situasi ini tidak sepatutnya berlaku!”- Zamihan Tak Setuju Mangsa Banjir Berteduh Di Surau

Zamihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.