in

“Ayah, gendong” – Terlalu Rindu, Budak 3 Tahun Hulur Tangan Minta Dukung Pada Foto Arwah Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kanak-kanak, sukar untuk mereka fahami kenapa orang yang tersayang dah tak ada di sisi mereka lagi setelah meninggal dunia. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat, apatah lagi kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih ni.


Baru-baru ini, video seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 3 tahun minta didukung pada foto arwah ayahnya telah menarik perhatian ramai, lapor Liputan6.

@dhirabesti4

Sabar ya anak gantengnya Amah, inshaAlloh ayah udh tenang disurga 🥺 alfatihah 🤲🏻 #TheNewAlfaGift #JamTerbangTraveloka #fypシ #sedih

♬ original sound – Charli Queen 👑

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @dhirabesti4 di aplikasi TikTok minggu lalu. Dia dipercayai merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam video tersebut, kanak-kanak tersebut mengatakan ‘Ayah ganteng’ (ayah handsome) apabila melihat gambar ayahnya di kulit buku Yasin. Yang paling sebak, budak ni siap hulur tangan minta digendong oleh ayahnya pada gambar tersebut.

Dia juga dilihat mencium foto tersebut beberapa kali. Betul kata orang, rindu yang paling perit adalah rindu pada mereka yang telah pergi.

Difahamkan, ayah kepada kanak-kanak ini telah meninggal dunia tahun lalu akibat sakit. Sehingga kini, video terbabit telah meraih tontonan sebanyak 2 ratus ribu kali dan hampir 2 ribu komen daripada netizen.

Rata-rata netizen juga mengatakan yang mereka turut sama bersedih dengan adik ni. Ada yang tak dapat tahan air mata jugak sebab teringat pada ayah yang telah pergi.

Sama-sama kita doakan agar adik ni dan ibunya akan tabah dalam menghadapi ujian ni. Semoga adik ni juga akan membesar jadi anak yang soleh. 

Baca: “Saya salute lihat bapak ini” – Bapa Bawa Gojek Sanggup Gendong Anak Tidur Atas Motor Demi Cari Rezeki Tengah Malam

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.