in

“Awalnya susah, lama-lama jadi biasa” – Perokok Malaysia ‘Share’ Rahsia Kurangkan Tabiat Merokok

Tips Berhenti Kurangkan Merokok

Terdapat pelbagai kempen kesedaran di luar yang menyeru rakyat Malaysia agar berhenti merokok. Tetapi hakikatnya, ia tidak semudah itu sahaja.

Perokok terus merokok untuk dapatkan kepuasan daripada nikotin. Nikotin adalah salah satu bahan dalam tembakau dan ia boleh menyebabkan ketagihan. Itulah sebab begitu sukarnya untuk berhenti jika mereka sudah ketagih.

Namun begitu, nikotin bukanlah punca utama kemudaratan yang dikaitkan dengan rokok. Menurut fakta, sebatang rokok yang dibakar mengeluarkan lebih daripada 7,000 bahan kimia dalam asapnya. 

Dilarang Merokok

Sekurang-kurangnya 69 daripadanya dikatakan boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain.

Maklumat ini bukanlah rahsia. Ada juga perokok di Malaysia yang sudah sedar dan beralih ke alternatif bebas asap rokok untuk kurangkan dedahan risiko. Inilah kisah daripada Arif (bukan nama sebenar).

Jadi, dalam artikel ni min nak kongsikan kisah daripada rakyat Malaysia yang dah cuba kurangkan tabiat tidak elok itu dengan beralih ke alternatif lain.

Arif – Terjebak sejak zaman universiti

“Aku dah cuba macam-macam, tapi still tak menjadi”- Arif 

Arif mula terjebak dengan tabiat merokok sejak zaman universiti dan akibat tabiatnya itu, dia sering sakit tekak dan kerap batuk. Dia mencari alternatif lain untuk mengurangkan mudarat kesihatan dalam jangka panjang.

Secara kebetulan, rakannya suruh mencuba lil SOLID Ez sebagai alternatif yang dicarinya kerana pendedahan terhadap bahan kimia daripada alternatif ini katanya adalah lebih rendah.

Untitled Design 2

Pada mulanya, dia mengambil masa beberapa minggu untuk membiasakan diri dengan mekanisme peranti itu. Katanya, feeling ketika menggunakan peranti itu agak sama, tapi nikmatnya masih berbeza.

Arif tertarik dengan peranti yang dicubanya kerana ia tidak mengeluarkan bau asap yang akan mengganggu orang di sekeliling dan lama-kelamaan dia sudah selesa dengan alternatif ini.

Gunakan produk alternatif sebagai pengganti? 

Mengikut pelbagai pakar, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok. Punca utama adalah asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Antara alternatif yang boleh menggantikan rokok ialah produk tembakau yang dipanaskan. Produk ini tidak dibakar, dan hanya mengeluarkan wap dan bebas dari asap. Jadi ia takkan mengeluarkan sebarang bau asap. 

Sebagai contoh, peranti pemanas tembakau seperti lil SOLID Ez yang diperkenalkan oleh IQOS hanyalah memanaskan batang tembakau tanpa proses pembakaran. Jadi, ia mengeluarkan paras bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding rokok biasa*.

*[Maklumat Penting : IQOS bukan bebas risiko]

*Pengurangan pada tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com.

Namun begitu, pihak WHO juga ada keluarkan kenyataan bahawa pengurangan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya dalam Produk Tembakau yang Dipanaskan (HTP) tersebut tidak menjadikannya tidak berbahaya, dan ia juga tidak mengurangkan risiko kesihatan manusia. 

Produk-produk ini bukan bebas risiko dan mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang sebaliknya akan terus merokok atau mengguna produk nikotin lain. 

Apapun, pilihan terbaik adalah untuk berhenti sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, jangan cuba untuk merokok. Ketahui lebih lanjut di sini.

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian