Dalam sebuah keluarga, seorang kakak merupakan individu yang paling penting kerana mereka biasanya diibaratkan seperti ibu yang kedua.
Mereka biasanya selalu membantu dalam hal-hal di rumah termasuklah menjaga adik-adiknya dan juga memastikan kebajikan di rumah sentiasa terjaga.
Inilah yang berlaku kepada seorang kakak ini, apabila adik bongsunya membuat kejutan dengan membelanja kakak kesayangannya trip ke umrah.
@zaitonmohamad448
Video yang dikongsi di TikTok oleh @zaitonmohamad448 itu menunjukkan beberapa orang ahli keluarga sedang berkumpul untuk majlis doa selamat.
Dalam majlis itu, diumumkan nama beberapa ahli keluarga mereka yang bakal mengerjakan umrah di tanah suci, yang menariknya tanpa pengetahuan ibunya dan kakaknya, seorang adik telah memasukkan nama kakaknya itu ke dalam senarai tersebut.
Menerusi video itu, difahamkan kakaknya itu telah menjaga ibunya selama empat tahun dan pakej umrah itu menjadi tanda penghargaan adik bongsunya kepada kakaknya.
Saya pun menangis sekali
Video itu sudah pastinya mengharukan netizen, ramai juga yang memuji keakraban kedua adik beradik tersebut. Malah, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan keluarga tersebut.
Setakat ini, video tersebut menerima lebih 140K tontonan serta lebih 600 komen. Semoga keluarga ini sentiasa berada di bawah lindungannya!
Baca: “Dari kecik nampak dia” – 28 Tahun Kerja di Stesen Minyak, Majikan Hadiahkan Makcik Pakej Umrah