in

Australia Hantar Sirul Balik Dalam Sebulan

Ss 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes 1MDB sudah boleh disiasat secara terbuka, ramai yang mahu kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu turut dibuka semula. Baru-baru ini bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang menerima hukuman mati kerana membunuh Altantuya menawarkan diri untuk memberikan maklumat sekiranya dia diberikan pengampunan penuh.


Sirul yang lari ke Australia sejak tiga tahun lalu menyatakan bahawa dia tidak mahu pulang ke Malaysia kerana khuatir dia akan dipenjara dan dibunuh.

Terbaru, Malaysiakini melaporkan bahawa pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi Sirul kembali ke Malaysia. Ini bermakna Australia bersetuju menyerahkan Sirul kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan.

017Fe51A7F183A1B178323Caa42A9C37E9Ddfcf1
sumber: asiasentinel

Rancangan itu khabarnya diberikan lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya. Pihak berkuasa Malaysia dikatakan memberikan jaminan kepada rakan sejawatnya di Australia bahawa Sirul akan menerima pengadilan yang saksama apabila kembali.

Malaysiakini sedang cuba untuk mengesahkan berita ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC). Sirul dipercayai akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan.

Keputusan untuk kembali ke Malaysia menunjukkan kemungkinan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan pembukaan semula kes Altantuya. Pada tahun 2015, Sirul Azhar dan Azilah Hadri telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya.

Ss
sumber: malaysiakini

Sirul dan Azilah merupakan pengawal kepada Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kerajaan BN sebelum ini katanya tidak memohon perintah ekstradisi terhadap Sirul kerana undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah meminta supaya Sirul dibawa pulang ke Malaysia dan menyeru perbicaraan baru diadakan semula dengan lebih jelas dan telus.

Kalau betul kes ni akan dibuka semula, pasti ramai yang nak tahu kisah sebenar di sebaliknya. Korang pun sama, kan?

Baca: “Makcik harap sangat kerajaan bawa Sirul balik”

Kok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.