in

Atlet Transgender Dilarang Sertai Acara Sukan Wanita – Badan Olahraga Dunia

Atlet Transgender

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Badan Olahraga Dunia (World Athletics) telah melarang atlet transgender daripada bertanding dalam acara balapan dan padang wanita.

Badan itu juga telah bersetuju untuk mengecualikan atlet transgender lelaki atau wanita yang telah melalui akil baligh lelaki daripada pertandingan ranking dunia wanita mulai 31 Mac tahun ini.


Screenshot 161
Gambar hiasan

Presiden badan induk itu, Sebastian Coe, berkata World Athletics telah membincangkan isu itu dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, persekutuan kebangsaan dan kumpulan trans sebelum membuat keputusan itu.

Memetik laporan DW, majoriti mereka yang menyertai mesyuarat itu menyatakan bahawa atlet transgender tidak sepatutnya bertanding dalam kategori wanita.

Coe berkata keputusan untuk mengecualikan wanita transgender adalah berdasarkan “keperluan menyeluruh untuk melindungi kategori wanita. World Athlectics juga akan membentuk pasukan petugas untuk mengkaji isu kemasukan trans.

Dalam pada itu, badan induk dunia renang dunia, FINA, mengundi untuk menghalang wanita transgender daripada pertandingan elit jika mereka mengalami mana-mana bahagian akil baligh lelaki.

Screenshot 160

Larangan ini adalah untuk memberi keadilan kepada atlet wanita untuk berentap untuk acara sukan masing-masing.

Baca: Guna Serangan Knockout, Atlet Muay Thai Malaysia Berjaya Tumbangkan Lawan Hanya 16 Saat

Screenshot 159

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.