Seorang atlet bola tampar, Steven van der Velde dikutuk penonton kerana bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024, ini kerana dia dilaporkan mempunyai rekod jenayah rogol kanak-kanak bawah umur.
Atlet berusia 29 tahun itu mewakili Belanda dan pasukannya menghadapi Itali dalam Kumpulan B. Bagaimanapun, penonton dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan Van der Velde beraksi dalam temasya Olimpik itu.
Artikel berkaitan : Penyampai Buat Silap, Perkenalkan Korea Selatan Dengan Nama Rasmi Korea Utara Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Artikel berkaitan : Ramai Geram, Kontinjen Malaysia Hanya Ditunjuk Sekejap Sahaja Ketika Live Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Ketika kemunculan pertamanya di Paris, dia dikatakan telah di’boo’ penonton dari tempat duduk masing-masing pada permulaan perlawanan.
Van der Velde sebelum ini pernah dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Britain.
Bagaimanapun, dia hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut sebelum dibenarkan menyambung kerjaya bola tamparnya. Bulan lalu, dia telah dipilih untuk mewakili pasukan Belanda di Olimpik 2024.
Sumber : mStar Online, Express