Sejak beberapa hari lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan keadaan rumah tangga pelakon Fazura dan Fattah Amin kini sedang goyah.
Khabar angin itu bertiup kencang di media sosial namun tiada lagi kenyataan penuh dari pihak Fazura mahupun Fattah.
Terbaru, Fazura menerusi laman Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar serta video dalam satu hantaran seakan memberi bayangan dia kini berada dalam kesedihan.
Artikel berkaitan: “Kecewa dengan Faz” – Bawa Bendera Palestin Ke Konsert Coldplay, Fazura Dikecam Netizen
Artikel berkaitan: Fattah Amin Rupanya Ada ‘Background’ Silat Gayung, Patutlah Ramai Puji Lakonan ‘Smooth’!
View this post on Instagram
Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu memuat naik video penyanyi UK, Adele yang mendendangkan lagu berjudul Love In The Dark, lagu itu mengisahkan pasangan yang semakin menjauh serta berada di ambang perpisahan.
Bukan itu sahaja, Fazura juga memuat naik satu klip daripada filem Crazy Rich Asians di mana babak itu memaparkan karakter dalam filem tersebut baru sahaja meninggalkan suaminya yang berlaku curang.
“Faz, is everything ok?”
Hantarannya itu membuatkan ramai, khususnya peminat berasa risau dengan keadaan pelakon itu, ruangan komen hantaran itu juga dipenuhi dengan doa daripada netizen yang berharap kedua-dua mereka baik-baik sahaja.
Ada juga netizen yang berspekulasi gambar terakhir dalam hantaran itu merupakan simbolik daripada jambangan bunga ros yang pernah diberikan kepada Fazura satu ketika dahulu.
Semoga takde berita yang tak diingini berlaku 🙁
Sumber: Instagram