in

“Apa yang kita nampak di parlimen, itu bukan dia”- Shaheizy Sam Sifatkan Arwah Bung Moktar Seorang Abang Ipar Yang Sempurna

ft sam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan kesihatan abang iparnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mula terjejas sejak kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, baru-baru ini.

Kata Sam, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada hari Jumaat lalu iaitu sehari sebelum hari mengundi.


Artikel berkaitan : “Kuat mengaji dan solat sunat” – Netizen Dedah Keperibadian Sebenar Bung Moktar

Artikel berkaitan : Belasungkawa Bung Moktar Radin: Perginya Tokoh Berpengaruh Politik Sabah

Seorang abang ipar sempurna

Screenshot 2025 12 05 151732

‎Saya memang selalu jumpa arwah di sini setiap kali tiba musim pilihan raya. Bagaimanapun, ketika kempen baru-baru ini, arwah memang sudah kelihatan tidak sihat sehinggalah sehari sebelum hari mengundi.”

Dalam pada itu, pelakon utama Polis Evo itu terkejut apabila mengetahui berita pemergian arwah daripada kakaknya yang juga merupada isteri arwah iaitu Datin Seri Zizie Ezette.

Mendengar khabar berita tersebut, dia terus membeli tiket penerbangan ke Kota Kinabalu untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Dalam pada itu, Sam turut menyatakan bahawa arwah merupakan abang ipar paling sempurna. Dakwa Sam, apa yang diperlihatkan di parlimen itu bukanlah watak sebenarnya.

“Apa yang kita nampak di parlimen, itu bukan dia, kalau di rumah dia sangat berbeza, nak dengar dia tinggi suara nak dengar dia marah dekat rumah, tak pernah.”

“Saya rasa berbelas tahun ni, jarang nampak dia. Apa yang kita nampak dia di parlimen memang macam, orang lain ni. Dekat rumah lembut dengan anak-anak dia.”

“Dia seorang abang ipar yang sempurna, bila bekerja dia orang yang sangat berbeza, bila dia dengan keluarga sangat lemah lembut.”

@attowagmypz

Abang ipar yang sempurna – adik ipar 🥺 #bungmoktar #zizieizette #fyp

♬ original sound – AKI Seruling – AKI Seruling

Dalam pada itu, Sam juga ingat kata-kata dan nasihat arwah dari dulu sehingga kini.

‎”Malah, kata-kata atau nasihatnya yang saya pegang daripada dulu sehingga kini adalah utamakan ibu dalam apa saja perkara.”

‎”Apa-apa hal pun arwah kata nak berjaya kena jaga mak. Itu yang paling saya ingat sampai sekarang. Kesimpulannya, arwah seorang abang ipar terbaik.”

Sumber : TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.