in

“Apa yang bergolek tu?” – [VIDEO] Ramai Seram Tengok Kelibat Pelik ‘Bergolek’ Atas Jalan

Benda Seram Bergolek Atas Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan satu objek yang tidak diketahui dilihat sedang bergolek di jalan raya hingga menimbulkan pelbagai persoalan netizen.


Menerusi perkongsian TikTok @paknuatt, objek tersebut yang dikatakan menyerupai ‘hantu pocong’ dilihat sangat menyeramkan kerana tiba-tiba muncul di kawasan yang sunyi ketika di tengah malam.

Halamak min kalau tengok ni tak nyempat nak record dah!

@paknuatt

Auto balik awai klu mcmni….???#penangport?? #budakport #tiktokmalaysia #fypシ #xyzbca

♬ Scary Sounds – Bobby Cole

Alahai time-time macam ni la dia buat perangai… 

“Auto balik awai kalau macamni,” tulisnya sambil mendedahkan kejadian itu berlaku di Penang Port, Pulau Pinang.

 

“Bila lompat orang ingat dia pocong, so dia guling taklah suspect sangat” 

Walaupun video yang dipaparkan itu agak menyeramkan namun komen-komen yang ditinggalkan netizen agak menggelikan hati dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan ‘makhluk’ ini.

Komen Pocong

Berani betul ye yang merakam video ni. Kalau min entah ke mana dah min lari sebab takuttt! 

Baca: [VIDEO] Ibu Kongsi Kisah Seram, Anak Nangis Tak Henti Lepas Curah Air Panas di Kawasan RNR

Air

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.