Pelakon Rita Rudaini bengang kerana ada yang kaitkan kejayaan anak sulungnya memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 dengan pihak yang tiada kaitan dengannya.
Teguran pedas itu dibuat menerusi IG Story miliknya dan menegaskan bahawa dia yang membesarkan anaknya dari kecil, namun nama ‘Legenda JDT’ itu pula yang dikaitkan.
Artikel berkaitan : Wartawan Tengah Kusyuk Sampaikan Berita, Tiba-tiba Lampu Terpadam..
Artikel berkaitan : Rita Rudaini Bangga’Anak Bujang’ Dapat Pecah Rekod MSSD Larian 100 Meter
Menurut Rita, dia menyifatkan cara pihak yang kaitkan ‘legenda JDT’ dengan anaknya itu didakwa sebagai satu taktik kotor untuk meraih perhatian di alam maya ini.
Pelakon filem Mami Jarum ini juga turut mempersoalkan kaitan anak-anaknya dengan ‘legenda’ yang dimaksudkan kerana dia yang membesarkan anak-anaknya seorang diri.
Malah, Rita juga tidak mahu nama anaknya dikaitkan dengan orang lain lagi.
Dia juga turut memberikan peringatan pedas buat segelintir pihak bahawa setiap individu yang beragama Islam jika meninggal dunia, nama mereka akan tetap berbintikan ibu, bukannya ayah.
Sumber : Instagram