Malaysia menyeru Israel, Amerika Syarikat dan Iran supaya melaksanakan gencatan senjata segera serta menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, gencatan senjata segera tanpa sebarang syarat amat diperlukan susulan serangan terhadap Iran yang kini meningkatkan risiko ketidakstabilan di rantau Asia Barat.
Malaysia dengan tegas menggesa Israel, Amerika Syarikat dan Iran agar menghentikan segala tindakan provokatif dan kembali kepada meja rundingan diplomasi dan dialog.
“Sebarang tindakan bersifat provokatif hanya akan mencetuskan krisis lebih besar, menggugat kestabilan serantau dan berisiko mengheret lebih banyak negara ke dalam konflik yang sukar dibendung,” katanya.

Artikel berkaitan: Serangan Israel-AS Terhadap Iran, China Gesa Gencatan Sejata Segera
Artikel berkaitan: Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei Terbunuh Dalam Serangan Israel-AS
Semalam, Tentera Pertahanan Israel (IDF) bersama Amerika Syarikat dilaporkan melancarkan serangan ke atas Iran, mencetuskan letupan di sekitar Tehran.
Laporan media Iran mendakwa pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, terkorban dalam serangan berkenaan selepas kompleks kediamannya menjadi sasaran utama operasi ketenteraan.
Dalam perkembangan berkaitan, serangan yang turut menyasarkan sebuah sekolah dilaporkan mengorbankan lebih 100 pelajar.
Sumber: FB Anwar Ibrahim
