in

Anjing Cedera Parah Ditembak Menggunakan Senapang Kerana Terlepas Dari Kargo Pesawat

Mao1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik anjing Golden Retriever menuntut penjelasan daripada pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, China selepas anjingnya didakwa dizalimi ketika cuba menangkapnya.


Anjing Golden Retriever saya menaiki pesawat yang sama dengan saya, mendarat di Wuhan dan diserang dengan ganas. Saya harap China Eastern Airlines dan Lapangan Terbang Tianhe akan memberikan penjelasan yang munasabah dan tidak melepaskan tanggungjawab di antara mereka.”

Ketika di lapangan terbang, anjingnya yang diberi nama Er Mao terlepas dari sangkar dan melompat keluar ke pintu kargo. Mao yang berusia 11 bulan itu kemudian berlari di landasan sehingga memerlukan lapan orang pekerja untuk menangkapnya. Namun, sebab mengapa anjing itu terlepas dari sangkar tidak dinyatakan.

Dog1
sumber: shanghaiist

Menurut Metro, penerbangan itu ditangguhkan dan kesemua pekerja tersebut mengambil masa lebih 40 minit untuk mengejar dan menghalang anjing itu yang berlari di landasan sebelum meletakkannya semula ke dalam sangkar.

Pemilik Mao berusia 23 tahun itu sama sekali tidak tahu tentang kejadian tersebut sehinggalah ketika tiba di Wuhan.

Saya menunggu sehingga dua jam sebelum Mao diserahkan kepada saya. Pada ketika itulah baru saya dimaklumkan tentang kejadian tersebut.”

Ketika Mao diserahkan kepada pemilik, keadaannya sangat teruk dengan kedua-dua matanya merah dan terdapat kesan tompokan darah serta kesan lebam. Melalui status pemilik tersebut di media sosial, pekerja lapangan terbang itu langsung tidak memohon maaf kepadanya!

Dog2
sumber: shanghaiist
Dog3
sumber: shanghaiist
Dog4
sumber: shanghaiist

Menurutnya, dia percaya kesemua pekerja itu menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap anjing peliharaannya. Terkejut dengan keadaan Mao pada ketika itu, dia kemudian segera membawa anjingnya untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital haiwan.

Ketika di hospital, barulah dia mendapat tahu bahawa anjingnya telah didera dan ditembak dengan dart gun. Menurut doktor haiwan di hospital itu, kecederaan itu mungkin akan menyebabkan Mao hilang penglihatan. Kesiannya…

Dog5
sumber: shanghaiist
Dog6
sumber: shanghaiist

Pihak lapangan terbang kemudian memberikan penjelasan bahawa mereka terpaksa bertindak sebegitu sebagai tindak balas kecemasan kerana risau berlaku kerosakan atau kecederaan kepada aset dan penumpang.

Bagi mengelakkan anjing berlari di landasan lapangan terbang atau tempat letak kereta, yang boleh mengakibatkan kecederaan teruk, pekerja lapangan terbang melakukan usaha menghalang berdasarkan undang-undang dan peraturan penerbangan.”

– Wakil Lapangan Terbang Tianhe

Pemilik Mao bagaimanapun menuntut penjelasan lebih teliti dan jawapan tentang bagaimana anjingnya itu boleh terlepas dari sangkar.

Harap permasalahan di antara dua pihak ini akan selesai segera. Kesian Mao kalau dia buta 🙁

Baca: Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan

Page 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.