in

Anggota Tentera Kritikal : Mangsa Dip*kul Bersama 6 Anggota Lain Sebab Tak Puas Hati

Ft Anggota Tentera 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes anggota tentera Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang parah dipukul itu berpunca dengan rasa tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam satu kenyataan mereka baru-baru ini. Berdasarkan siasatan awal, seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) didakwa menggunakan kekerasan fizikal dengan menampar dan menumbuk muka serta perut 7 anggota kem berkenaan termasuklah mangsa.


Artikel berkaitan: “P*kul s*pak sampai jadi begini” – Bekas Komando Dakwa Anak Kritikal Di Kem Tentera Sebab Dibuli

Artikel berkaitan: Tentera Wanita Dipenjara 7 Tahun Lepas Mengaku Bersalah Amang S*ksual Anak Lelaki Sendiri

Tumbuk muka & perut sampai mangsa tidak sedarkan diri

Screenshot 2026 04 02 153106

“Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan kerja pembersihan stor senjata yang telah diarahkan kepada anggota-anggota tersebut.

“Akibat daripada insiden berkenaan, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD sebelum dipindahkan ke Hospital Bentong.”

“Beliau kini sedang menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.”

Menurutnya lagi, dalam insiden yang sama, ada 6 lagi anggota lain yang dikatakan alami kecederaan akibat pukulan suspek.

“Semua mereka diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan keadaan kesihatan mereka kini dilaporkan stabil serta sedang dipantau oleh pihak pasukan.”

“Susulan kejadian itu, anggota PTTR yang disyaki terbabit telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut.”

“TDM memandang serius insiden ini dan satu lembaga siasatan sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian.”

Katanya lagi, tindakan tegas sewajarnya bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit.

Bapa Tentera 1

“TDM sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang dan peraturan sedia ada.”

“Pada masa yang sama, TDM memohon supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan, serta demi menghormati privasi mangsa dan ahli keluarganya.”

Sebelum ini, media melaporkan bahawa bapa mangsa iaitu Rosafindi Tambi Chik memberitahu bahawa keadaan anaknya Muhammad Amirul Raziq sedang kritikal di hospital akibat tindakan agresif itu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.