in

Anggota & Pegawai Polis Dah Tak Boleh Tahan, Periksa Warga Asing Tiba-Tiba Tanpa Sebab Munasabah

Ft Polis

Anggota dan pegawai polis tidak lagi boleh menahan dan memeriksa mana-mana warga asing secara rambang tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau akan mengeluarkan arahan menegah anggota dan pegawai berbuat sedemikian bagi mengelakkan segelintir daripada mereka menyalahgunakan kuasa.

Sani1

Menurut Harian Metro, beliau memaklumkan bahawa arahan itu akan dihentikan serta merta. Katanya lagi, amalan dan budaya sebegitu adalah satu daripada ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.”

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan warga asing sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya.

Polis

Banyak kes berlaku sebelum ini membabitkan anggota mahu pun pegawai polis yang memeriksa warga asing secara tiba-tiba malah ada yang turut memeras ugut untuk mendapat ‘duit tepi’ dengan alasan supaya mereka tidak dikenakan tindakan.

Baca: “Kalau nak saya beri keterangan, saya datanglah” – Hamid Bador Rela Disiasat Lepas Dakwaan Campur Tangan Menteri

Collage 6