in

“Ane tengok sini” – Lelaki Buat Signboard Besar, Siap Pasang Muzik Untuk Tarik Mamak Ambil Order

Ft Order Kedai Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang akan rasa perkara ni bila tengah lepak mamak, nak ambil order tapi tak dilayan, lepastu puas korang angkat tangan tapi mamak tu menonong je.


Oleh sebab itu, pemuda ini buat satu alternatif untuk menarik pekerja di restoran tersebut. Ianya dirakam oleh Ridzuan Ahmad dan dikongsikan menerusi akaun TikTok dan meraih lebih daripada 100,000 jumlah tontonan sepanjang 4 hari ia dimuat naik.

Dalam video berdurasi 13 saat itu, dilihat 2 individu sedang duduk di tempat meja kecil. Salah seorangnya memakai pelitup muka dan seorang lagi tidak. Pemuda yang tidak memakai pelitup muka itu dilihat sedang memegang papan tanda bertulis:

 

“Ane tengok sini”

@ridzahmd1

Cara baru untuk panggil anne kt mamak bila kau kt luar ! #fyp #masukberanda #penangkini #mamak #viral

♬ original sound – Ridzuan Ahmad – Ridzuan Ahmad

Kelihatan papan tanda itu merupakan satu papan hitam dan ayat itu ditulis menggunakan kapur, di bahagian tepi papan itu, ia dihiasi dengan lampu LED, tak cukup dengan itu, ada juga dilekatkan dengan 2 biji speaker di papan tersebut.

Ia bersertakan lagu berjudul Mamak Rhapsody daripada Jaster Fong, lagu parodi untuk Bohemian Rhapsody. Ketika rakaman lagu tersebut berbunyi :

“Aku nak buat order tapi customer banyak you tak dengar.”

Ridzuan ketika disoal WORLD OF BUZZ menyatakan bahawa insiden itu berlaku di Restoran Sultan di Bukit Jalil.

Baca : Kos Gandum Meningkat, Kedai Mamak Mungkin Terpaksa Naikkan Harga Roti Canai

Roti Canai Naik Harga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.