in

Andaian Awal Ketua Polis Dapati Tangmo Kemalangan, Cari Bukti Dikatakan Sempat Dibuang Dalam Sungai

ft polis thai tangmo nida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kematian pelakon Thailand Tangmo Nida ini nampaknya dah jadi perhatian netizen di seluruh dunia.

Bermacam-macam spekulasi timbul di media sosial, bahkan banyak video sebelum kejadian membuatkan orang ramai ternanti-nanti berita susulan mengenai pihak-pihak yang terlibat.


 

Andaian awal polis kematian disebabkan kemalangan sebab…

Suwat Jangyodsuk

Terkini, Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk telah membuat andaian awal bahawa kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ia dirumuskan berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS, lapor Bangkok Post.

Walaubagaimanapun, pihak polis kini sedang mencari maklumat lain selepas pemeriksaan forensik selesai dalam masa beberapa lama lagi.

Nida Patcharaveerapong

Kata polis, kira-kira dalam 29 orang saksi akan dipanggil polis bagi membantu siasatan. Ketua Polis Wilayah 1, Jirapat Phumijit turut menjelaskan bahawa proses mengumpul bahan bukti selalunya makan masa panjang.

Terdahulu, pasukan penyelam ada temui 2 objek di Sungai Chao Phraya, mereka turut mencari barang-barang yang dibuang ke sungai mengikut apa yang saksi sebutkan.

Sementara itu, pihak polis kini masih meneruskan siasatan terhadap 5 individu yang berada di dalam bot itu termasuklah pengurusnya Kratik.

Baca : [VIDEO] “Bawak dia ke sini!” – Polis Siasat Suara Lelaki Misteri Dalam Video Terakhir Tangmo Nida

collage 16

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.