in

“Anak tu rezeki bodoh!” – Netizen Kecam Mulut Puaka Pengikut Instagram, Tuduh Instafamous Mandul Tanpa Usul Periksa

Mandul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan mana yang berkahwin tak mahu anak kan? Semua orang mengidamkan cahaya mata tapi kalau belum ada rezeki nak kata apa kan. Pucuk pangkalnya semua terletak di tangan Tuhan.

Macam manapun, orang sekeliling pasangan yang belum beroleh anak ni janganlah mendesak sangat. Macam apa yang berlaku pada seorang instafamous bernama Datin Inaz ni. Tergamak pengikut Instagram tanya soalan ‘bodoh’ yang kemudian dikongsikan netizen yang prihatin di Twitter


 

“Kenapa Inaz mandul, duit banyak usaha la lebih sikit” 

Mungkin ramai yang tak kenal siapa Datin Inaz ni, tapi bagi yang mengikutinya di Instagram, beliau merupakan instafamous yang terkenal dengan product henna. Jadi pada satu hari tu Datin Inaz ni adalah buat instastory questions untuk mereka yang nak tanya soalan pada dia.

Tup-tup, ada seorang pengikutnya ni tanya soalan sensitif pasal anak dan mandul. Korang rasa apa yang Datin Inaz ni kena respon? Aduh teruk betullah! 

Inaz 1

Iii
sumber: twitter

 

“Biadapnya. Kalau tengok ayat, maybe tu makcik yang dah pencen tapi baru reti main IG” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang naik angin habislah sebab pengikut Instagram tersebut macam sejenis manusia yang tak ada hati perut pulak bila bertanya tentang soal berkenaan.

Sebagai wanita, patutnya fahamlah isu ini kan isu sensitif. Jadi janganlah tanya terang-terang macam tu.

Mentality
sumber: twitter

 

“Kita sebagai manusia, jangan la suka lukakan hati orang lain” 

Macam manapun, sedih memang lah sedih kan tapi mujurlah Datin Inaz ini tabah orangnya dan dia pun kembali membalas pertanyaan netizen berkenaan dalam satu posting terbarunya.

Inaz menegur perilaku netizen di luar sana untuk jangan sedap-sedap lukakan hati orang lain sebab kita tak tahu usaha dia dalam mendapatkan zuriat tu macam mana. 

Ebva
sumber: instagram

Malah ada di kalangan netizen juga sempat pertahan Datin Inaz dengan mengatakan wanita tu tak mandul pun sebenarnya. Dia keguguran 2 kali dan masih berusaha untuk dapatkan zuriat. Allahuuu… 

Bengap
sumber: twitter
Screenshot 20190808 104313 Com.instagram.android
sumber: instagram

Semoga terus tabah hadapi ujian. Endahkanlah kata-kata orang kat luar sana tu. InsyaAllah rezeki pasti akan datang. 

Baca: “Jangan sesuka hati tuduh orang mandul” – Achey Anggap Tiada Anak Sebagai Ujian Daripada Tuhan

Achey K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.